Sepanjang 10-14 Ogos merupakan giliranku menjadi guru bertugas bersama Cik Rathika.13 Ogos mencatat sejarah dengan aduan kes terbanyak sepanjang seminggu aku bertugas.
Kes 1 :
Kehilangan beg sekolah.
~ Najmuddin kehilangan beg sekolah..bila disiasat rupa-rupanya beg sekolah Najmuddin telah disorok oleh Luqman Hakim iaitu dicampak ke koridor tingkat 2. Cikgu Sharan meminta Firdaus mengambil beg berkenaan selepas Cikgu Sharan gagal memujuk Luqman Hakim supaya mengambil beg Najmuddin. Kemudian pelajar2 2KT1 ke bengkel untuk mata pelajaran Kemahiran Hidup. Setelah tamat, mereka kembali ke kelas dan Firdaus mendapati begnya pula hilang. Puas dicari sekeliling sekolah tetapi tidak dapat dikesan. Jam 645 petang tiba2 beg itu ada di tempat duduk Firdaus. Saspek utama xlain xbukan ialah Luqman Hakim..guru2 berkata pelajar ini adalah pewaris saka..tapi..tiada bukti untuk mengesahkannya. Mungkinkah saka Luqman Hakim yg menyorokkan beg Firdaus??
Kes 2 :
Demam dan mahu pulang ke rumah
Demam dan mahu pulang ke rumah
~ Nur Hazira(2KT1) dan Paul Raj(2KT2) mengalami demam dan batuk2. Aku meminta mereka mengisi borang balik akan tetapi kedua2 ibu bapa mereka tidak dapat datang ke sekolah untuk membawa anak2 mereka pulang. Mahu tak mahu aku terpaksa mengambil risiko menghantar kedua2 pelajar ini pulang dengan syarat..mereka tidak dibenarkan membuka mulut sedikit pun di dalam kereta..risau!!..
Kes 3 :
Kehilangan dompet dan IC (1P1)
Kehilangan dompet dan IC (1P1)
~ Aku diarahkan membawa pelajar yg bernama Mohd Zulhelmy bin Rahim ke balai polis berhampiran kerana pelajar ini telah keciciran IC nya setelah mendapat panggilan telefon daripada pihak polis. Dengan berdedikasinya aku membawa Zulhelmy ke balai polis berhampiran. Setiba di balai polis terdapat 2 org polis sedang sibuk menulis laporan..kami diabaikan beberapa ketika..musykil juga difikiran adakah kami ini halimunan yg tidak dapat dilihat mata kasar polis berkenaan?? dengan penuh sopan santun menahan marah kerana diabaikan aku menyatakan hasrat kami ke sana. Dengan muka poyo tanpa senyuman polis itu (nametagnya tertulis Hanif) bangun menuju laci berhampiran..dibelek2 sebundle IC mencari nama Mohd Zulhelmy tetapi tiada..nasib baik mata cekap Zulhelmy dapat mengesan dompet miliknya terselit di bawah kertas2. Polis itu mengambil dompet berkenaan dan diserahkan kepada Zulhelmy lalu duduk dan menyambung kerja2 menulis laporannya..dengan blur kami bertanya.."Tu je ke encik?" beliau hanya menganggukkankan kepala..lalu kami pun kembali pulang ke sekolah. Kesimpulan yg boleh kami buat..polis itu bisu atau tidak pernah belajar cara bertatatertib..Tegas, Adil, Beramah..Integriti Amalan Kita KONON!!! cit poooooooooooooodahh!!
Kes 4 :
Piravin Kumar muncul di sekolah??
Piravin Kumar muncul di sekolah??
Piravin Kumar pelajar tingkatan 2PK2 telah digantung sekolah akibat beberapa kes disiplin. akan tetapi kelibatnya muncul di sekolah menyebabkan guru2 kehairanan dan Haji Shukor (Penolong Kanan Petang) panik seketika kerana menyangka kehadiran Piravin Kumar adalah untuk menuntut bela atas penggantungannya. Namun, Haji Shukor maintain cool dan memanggil Piravin Kumar ke pejabat. Rupa-rupanya kehadiran Piravin Kumar adalah untuk mengambil semula bola yang dirampas oleh Cikgu Rosmaniza kerana bola milik Piravin Kumar telah digunakan pelajar2 untuk bermain semasa proses P&P dijalankan. Setelah mendapatkan bola miliknya, Piravin Kumar kembali ke rumah.
Kes 5 :
Buli
Buli
Aku sedang khusyuk mengira kehadiran pelajar2 bagi setiap kelas di kaunter guru bertugas. tiba2 aku terdengar tangisan pelajar perempuan yang sedang menggunakan telefon awam yg lokasinya 2 meter dari kaunter guru bertugas. "I just want to go home Ma", "I dont want to go to school anymore, Ma" itu antara ayat2 yang aku fahami kerana selebihnya dituturkan dalam bahasa Filipina. Rupa2 nya suara itu milik seorang pelajar kacukan India-Filipina yg bernama Christina Amaloo dari kelas 2P2. Christina Amaloo menangis teresak2 di dinding telefon awam. aku menghampiri Christina Amaloo dan bertanyakan kepadanya kenapa dia menangis. dia menceritakan semuanya kepadaku tentang Hayati, Azira Dyana, Zetty Azira dan Shaheera selalu membulinya di kelas. perwatakan Christina Amaloo yang sedikit kebodoh bodohan membuatkan dia menjadi mangsa buli mereka. Aku membawa Christina Amaloo berjumpa Haji Shukor..lalu Haji Shukor memanggil Hayati, Azira Dyana, Zetty Azira dan Shaheera ke biliknya untuk siasatan lanjut. Christina Amaloo kelihatan takut2 kerana 4 pelajar2 tersebut merupakan 'samseng' perempuan 2P2. Tindakan selanjutnya Haji Shukor menelefon ibu bapa Hayati, Azira Dyana, Zetty Azira dan Shaheera dan meminta mereka datang ke sekolah keesokan hari..tunggu dan lihat apa yg bakal terjadi esok.. :)
No comments:
Post a Comment