Drop your link here..nnti leh melawat..

Member2 blogger

My Heartbeat

Thursday, June 9, 2011

10 Mitos Infertiliti/ketidaksuburan

Mitos 1: Infertiliti adalah masalah kaum wanita
Fakta Sebenar:
Tidak betul. Yang sebenarnya, lelaki memberikan peranan yang besar terhadap ketidaksuburan. Kajian menunjukkan 40% dari masalah ketidaksuburan adalah berpunca dari kaum lelaki dan 50% lagi adalah wanita. 10% nya lagi tidak diketahui punca dan sebab.

 Mitos 2: Menjadi hamil adalah sesuatu yang mudah
Fakta Sebenar: Tidak begitu betul, Dikatakan 1 dalam 6 orang akan mengalami masalah sukar hamil pada satu titik masa dalam kehidupan mereka. Kajian juga mendapati dari kalangan mereka yang gagal hamil, cuma 50% sahaja yang cuba mendapatkan rawatan dari doktor jadi statistik sebenar mungkin lebih besar.

Mitos 3: Sekiranya anda mengambil anak angkat, anda akan mudah hamil.
Fakta Sebenar: Ini juga tidak betul. Mungkin anda kerap mendengar cerita tentang pasangan mengalami masalah infertiliti menjadi hamil sebaik sahaja mereka mangambil anak angkat, tapi ini disangkal oleh kajian yang menunjukkan tiada peningkatan kadar kehamilan berbanding dengan mereka yang tidak mengambil anak angkat. Ia terjadi kerana anda lebih mendengar berita gembira dari mereka yang mengambil anak angkat dan hamil dari yang sebaliknya.

Mitos 4: Mungkin anda dan pasangan anda tidak melakukannya dengan cara yang tidak betul.
Fakta Sebenar: Infertilti adalah masalah perubatan dan bukan masalah hubungan kelamin.

Mitos 5: Ia mengambil masa untuk hamil jadi tunggu sahaja.
Fakta Sebenar: Pasangan haruslah cuba mendapatkan rawatan selepas setahun mencuba kerana 80% dikalangan mereka yang ingin hamil akan berjaya selepas setahun berkahwin. Selepas 2 tahun, 90% akan menjadi hamil memberikan angka 10% terhadap mereka yang bermasalah. Sekiranya anda mempunyai masalah senggugut yang teruk atau haid yang tidak teratur, jangan tunggu sehingga setahun kerana jelas anda mengalami masalah peranakan yang mungkin menjadi punca ketidaksuburan anda.

Mitos 6: Membuat hubungan seks setiap hari meninggikan peluang hamil.
Fakta Sebenar: Salah lagi. Sperma yang sihat akan kekal hidup didalam rahim paling lama 5 hari dan telur pula cuma berupaya hidup kurang dari satu hari. Tempoh subur anda sebenarnya adalah kurang dari 7 hari sebulan. Sekiranya anda membuat hubungan seks di luar tempoh subur, peluang hamil adalah sangat kurang walaupun anda berhubungan setiap hari. Walaubagaimanapun sekiranya anda tidak kisah untuk bersama setiap hari teruskan sahaja kerana ia tidak akan mengurangkan kualiti sperma anda.

Mitos 7 : Infertiliti tidak berlaku kepada mereka yang pernah berjaya hamil dan melahirkan.
Fakta Sebenar: Ini juga tidak betul. Kajian menunjukkan ramai wanita yang gagal hamil kali kedua walaupun pernah melahirkan anak sebelumnya. Ia tidak kelihatan sebagai masalah yang kerap terjadi kerana tidak ramai yang tampil untuk mendapatkan rawatan berbanding dengan mereka yang sukar hamil kali pertama.

Mitos 8: Infertili tidak menjadi masalah sehinggalah melewati usia lewat 30’an
Fakta Sebenar: Sebenarnya kadar kesuburan menjunam dengan banyaknya selepas usia 30 tahun dengan kadar maksima pada usia 35. Terdapat kenaikan 22% pada usia 35% iaitu 2 kali ganda dari populasi yang biasa. Ini terjadi kerana kualiti telur menjadi kurang bermutu apabila usia mencecah 30 tahun.

Mitos 9: Ubat batuk boleh menolong meningkatkan kesuburan.
Fakta Sebenar: Ubat batuk telah lama digunakan untuk masalah infertiliti kerana ia dikatakan berupaya membaik pulih kualiti mukus serviks tetapi kajian telah mendapati tiada peningkatan kadar kehamilan apabila dibandingkan dengan mereka yang tidak mengambil ubat batuk.

Mitos 10: Suami saya mungkin akan tinggalkan saya sekiranya saya gagal hamil.
Fakta Sebenar: Sukar mendapat anak mungkin boleh menjadi punca masalah rumah tangga tapi ramai pasangan yang berupaya mengatasi krisis tersebut dan hidup bahagia walaupun dengan ketiadaan anak.

Gadis disebalik header AppleMelody

Aku berblogwalking ke blog2 jiran dan kebanyakan blog yang aku sempat singgah ada banner yang menarik dan aku jeles. disebabkan aku sangat rabun IT dan tak mampu menghasilkan banner yang meletup macam blogger2 lain tapi atas rasa nak ada banner yang meluap2, maka aku dengan muka tak malunya meminta tolong seorang gadis untuk mendesignkan banner untuk aku. Kenapa mesti AppleMelody? sesungguhnya ada satu kisah disebalik nama AppleMelody yang aku tak rasa nak share dengan sesapa pun. Siapakah gadis itu? She's my best friend scince dari sekolah lagi..Nurul Khairani :) mujur la ada member yang terjebak dalam bidang design mendesign ni kan..leh gak aku tumpang..kihkih..thanks dear..aku sangat2 suka!! Nurul..aku takkan rasa was2 lagi untuk dera ko buat banner lagi cantik untuk aku..dan ko jangan cuba mengelakkan diri.wakaka.


dan Apple tu hilang separuh..kihkihk




Wednesday, June 8, 2011

Isteri tak sama dengan pelacur la ngokkk!!

Kenyataan Naib Presiden Kelab Isteri Taat, Dr Rohaya Mohamed yang mengingatkan isteri supaya patuh dan melayan suami seperti pelacur kelas pertama adalah sangat BULLSHIT..ape bodoh sangat laaaa Dr Rohaya ni..mungkin jugakla dia layan suami dia di ranjang macam pelacur kelas pertama. mungkin dia dah biasa tengok video-video lucah yang melibatkan pelacur kelas pertama sampai dia pun terbawa-bawa nak layan suami dia camtu.wakakaka..or mungkin laki dia suka langgan pelacur kelas pertama sampai laki dia pun terbawa-bawa suruh isteri dia layan dia macam pelacur kelas pertama..sungguh cetek dan kolot Dr Rohaya ni sehinggakan dia boleh keluarkan kenyataan camtu. Mungkin bagi dia dunia rumah tangga ni hanyalah semata-mata untuk kehidupan seksual..setiap masa seks, seks dan seks. Pelacur? apa fungsi pelacur kalau bukan semata-mata untuk melayan nafsu serakah lelaki-lelaki yang gersang. ada lelaki langgan pelacur untuk memasak makan tengah hari? untuk membasuh baju seluar? atau untuk membancuh teh/kopi setelah kepenatan pulang dari kerja? So..kalau dah kau samakan isteri macam pelacur tu maknanya lebih kurang maknanya isteri ni untuk melayan suami di ranjang je la..pelik! lagi pelik kenyataan ni boleh terkeluar dari seorang wanita yang bergelar isteri. tidakkah kenyataan kau tu menjatuhkan imej Islam sekaligus menafikan hak wanita dalam perkahwinan? kamon laa..kau sebagai wanita kau perlu hormat kedudukan mulia seorang isteri bukannya menjatuhkan martabat golongan isteri. kau fikir balik laapa yang kau dah cakap tu ye Dr Rohaya..Dr sia2 je..hahahaha





























               









Tuesday, June 7, 2011

Mercilon dan Clomid


Haluuu haaa..skang ni aku masuk fasa kedua treatment dgn Doc Halizah..dh almost 3 months aku amek Mercilon, alhamdulillah period cycle aku dah kembali teratur. Kali ni Doc Halizah kasi aku pil Clomid.a.k.a pil  kesuburan. Setelah mendengar penerangan dia, pil Clomid ni sebenarnya untuk meransang ovari melepaskan ovum semasa hari subur. So, Doc Halizah kasi aku jadual untuk bersama. mudah-mudahan kali ni ada rezeki kami untuk menimang cahaya mata. aku search la sket pasal Clomid ni dan jom..kita kenali Clomid dengan lebih banyak lagi..

Apa itu Clomid?
- Clomid @ clomiphene citrate ialah ubat yang digunakan untuk rawatan kesuburan untuk wanita.

Bagaimana Clomid berfungsi?
- Clomid akan meransang ovari untuk mematangkan ovum dan dilepaskan semasa proses ovulasi.
Apakah kesan Clomid?
- Clomid akan membantu wanita yang mengalami masalah ovulasi untuk hamil. Kajian klinik mendapati 30 peratus wanita dengan masalah ovulasi akan hamil selepas mengambil Clomid. Daripada 30 peratus kehamilan itu, 7.89 peratus adalah kehamilan kembar (Lihat Clomid Success Rates atau Clomid and Twins  untuk keterangan lanjut).
 
Bila dan bagaimana untuk mengambil Clomid?
  • Clomid ialah berbentuk pil. Pil ini diambil sekali sehari selama 5 hari semasa kitar haid.
     
  • Clomid boleh diambil sebelum atau selepas makan. tapi untuk sesetengah orang yang tak biasa amek pil, better amek selepas makan.
     
  • Dos yang diambil mestilah pada waktu yang sama setiap hari..maknanya kalau hari ni makan pukul 8 malam, malam esok pun pukul 8 malam dan camtu pada malam2 seterusnya selama 5 hari. Ini bertujuan untuk maintain kandungannya dalam darah.
Apakah kesan sampingan pengambilan Clomid?
- Masa Doc kasi ubat tu dia kata mungkin akan rasa pening..tapi takde plak aku rasa pening. antara kesan sampingan lain ialah mungkin akan rasa panas badan, payudara membengkak dan sakit, mood berubah-ubah (tapi kesan ni akan berhenti selepas berhenti mengambil pil ni) Kesan yang aku suka ialah kemungkinan akan dapat twin..suka sukaa :)

Klik [sini] untuk keterangan lanjut mengenai Clomid
 
















               

Baking soda yang sangat berguna

Masalah utama aku berkenaan kulit muka ialah pori-pori aku besau. kalau tengok kat cermin tu adeiii..memang tak sanggup nak tengok lama2. kalau keluar mesti kena pakai bedak untuk cover pori2 aku tu..pastu adik aku pun kasi lah satu petua..gunakan Baking Soda..Sebut je baking soda aku akan terbayang kek, roti dan mak nenek yang berkaitan dengan bakery..ish ish.sangat tipikal pemikiran aku..kalau korang ada masalah macam aku ni, korang boleh try..nescaya lepas korang try, korang akan selalu nak sentuh muka korang yang lembut dan pori-pori pun tertutup dan xlah seobvious sebelum ini..suami pun suka nak cium..aummmm~ ha? xde suami? ada boyfriend je? haippp..boyfriend takleh cium..no no no!

Cara-cara :
1. Cuci muka korang dengan pencuci muka macam biasa..bilas
2. Ambil 1-2 sudu kecil baking soda, gosokkan ke muka..gosok pelan2 je jangan sental macam kotoran degil nanti muka korang pedih..dan bilas.
3. Basuh muka lagi skali dengan pencuci muka korang..bilas
4. Lap muka dengan tuala bersih.
5. Pakai toner


Selain mengecilkan pori-pori, baking soda ni banyak lagi kegunaannya...

1. Memutihkan gigi
- Baking soda boleh digunakan untuk memutihkan gigi, dengan cara dicampur dengan sedikit air kemudian digunakan sebagai ubat gigi dan gosokkan pada gigi anda selama 2 minit je..sebab nanti lama2 takut gigi panas. Jangan bagi kena gusi sebab boleh luka. Tetapi cara ini cukup efektif, dan sebaiknya dilakukan 1 bulan sekali..tapi awas...Baking soda ini sifatnya mengikis permukaan gisi anda

2. Deodoran semulajadi 
-Kalau ade sesapa yang tak suka pakai deodoran, atau tak boleh pakai deodoran, boleh guna baking soda ni. Caranya, basahkan ketiak seadanya, pastu tepek la baking soda ni. Macam tepek bedak la jugak kaedahnya

 3. Menghilangkan kesan peluh, daki & minyak 
- Nak2 pulak baju sekolah anak2 atau  uniform laki korang tu, berdaki & kotor, korang boleh rendam baju2 tersebut dalam air sabun pastu campur la sikit dengan baking soda dalam air tu.

4. Gunakan sebagai pencuci mulut 
- Ini bukan pencuci mulut yang ala dessert tu tau. Ni pencuci mulut ala2 listerine tu la. Korang campurkan baking soda dengan air pastu gunakan untuk berkumur. Pasni ni tak yah lagi beli listerine. Jimat duit.

 5. Untuk mencuci sikat & berus rambut
- Kadang2 korang perasan tak sikat korang tu dah berkerak2. Penuh dengan sel2 kulit kepala & kelemumur.. Takkan nak cungkil satu2 bilah sikai tu kan. Cara paling senang, bancuh baking soda dengan air suam, pastu rendam la sikat2 & berus korang dalam air tu. Agak2 dah lama, bilas la dengan air biasa. Pasni sikat korang dah bersih dari daki2 tu semua.

6. Garam mandian (bath salt)
- selain boleh guna sebagai skrub muka, baking soda pun boleh jadi skrub badan tau.  Caranya sama cam buat skrub muka tadi. Tapi untuk lebih best [sebab kult badan tak sama dengan kulit muka], campurkan dengan sikit garam. Kiranya skrub tadi ada bahan tambahan la. Kalau yang suka berendam pulak, campurkan baking soda + garam dalam air rendaman tu. Kalau nak wangi tambah la minyak yang wangi tu. 

7. Pengganti mopiko 
- Mopiko tu ubat untuk gigitan nyamuk. Kalau takde mopiko takpe. Cuba campurkan baking soda dengan sedikit air sampai jadi pes, pastu tepek je kat tempat yang nyamuk gigit tu. 

8. Membersihkan karpet 
- Kalau karpet korang kotor, payah2 sangat, taburkan baking soda tu kat karpet, pastu gunakan la vacuum untuk cuci karpet tu. Insya-allah semua kotoran akan hilang. 

9. Hilangakan blackhead / menanggalkan kulit mati
- Cara macam buat skrub muka juga. Tapi tenyeh la kat tempat blackhead / kulit mati tu

10. Sebagai syampu kering 
- penyelesaian untuk rambut berminyak, taburkan baking soda pada rambut lepas tu blow rambut dengan hair dryer.


SELAMAT MENCUBA !!