Drop your link here..nnti leh melawat..

Member2 blogger

My Heartbeat

Tuesday, June 30, 2009

Saya Juga Mau..

1. Bekas kekasih saya adalah
truttt tututt tuttttttttttt

2. Saya sedang mendengar
Avenged Sevenfold - And All Things Will End

3. Mungkin saya patut
Basuh mangkuk Kuey teow tomyam yg sy mkn kejap td

4. Saya suka
Membebel

5. Sahabat-sahabat baik saya
Semua berjauhan dari saya :(

6. Saya tak paham
pada Maxis yg selalu No Coverage

7. Saya kehilangan
Zaman remaja yg penuh keseronokan bersama teman2

8. Ramai yang bertanya
Bile nak tunang..bila nak kawin..jawapan sy "ESOK"

9. Makna nama saya
Cahaya syurga

10.Cinta itu adalah
entah..saya pun xtau maksud cinta

11. Di suatu tempat, seseorang sedang
Demam kerana ditimpa hujan..kesian die

12. Saya akan cuba
mengubah diri saya menjadi seorang hamba Allah yang terbaik

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud
Last forever n kekal abadi

14.Telefon bimbit saya
Sony ericsson dan Nokia

15. Bila saya terjaga dari tidur
Tengok jam dan tengok muka br bangun tido dalam cermin

16. Saya paling meluat apabila
berhadapan dengan orang yang tidak matang dan lembik 'ketuet'

17. Pesta/Parti adalah
tempat untuk bergembira dan melupakan sekejap masalah yg ada.

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah
Kucing ekor kembang dalam sangkar di Pet Shop

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah
Early 20s

20. Hari ini
Saya bosan..

21. Malam ini saya akan
Tido awal sikit..

22. Esok pula saya akan
Bangun untuk menari poco2 selama sejam (Thanks to Zura sbb bg idea untuk kurus!)

23. Saya betul-betul inginkan
Allah panjangkan umur ibu bapa dan ahli keluarga saya

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini
Rambut saya kembang ibarat mop lantai.

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan
JJ Tebrau ngan UO Pasir Gudang..ngee~

26. Makanan Barat atau Jepun..
xsuka..lebih suka masakan kampung

27. Bilik yang terang atau gelap...
Terang untuk buat keja..samar2 untuk mengelamun..gelap untuk tidur

28. Makanan segera adalah
Menggemukkan

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
Bye..Assalamualaikum (Kepada Ummi)

30. Siapa yang anda mahu Tag?
Jaja, Nadiah..jawab ini!!

Bila Jejari Menari..

Teguranku bukan untuk memeningkan kepalamu..
Marahku bukan untuk membuatkan kau memencil diri daripadaku..
Hukumanku bukan untuk membuahkan dendam dihatimu..
Desakanku bukan untuk membebankanmu..
Bebelanku bukan untuk menyakitkan telingamu..
Senyumku adalah untuk melegakan hatimu..
Tawaku adalah untuk membahagiakanmu..
Anugerah dariku adalah untuk membangkitkan semangatmu..

Sesungguhnya..
Fikiranmu masih mentah..
Perjalanan hidupmu masih panjang..
Masih jauh langkahmu..
Jangan sesekali kau berputus asa..
Dan..
Memberi seribu alasan..
Jangan berikan sedikit peluang kepada kegagalan..
Untuk datang kepadamu..

Wahai anak didikku..
Ketahuilah bahawa..
Setiap ilmu yang diajar..
Adalah dengan tulus ikhlas sepenuh jiwa..
Dan..
Setiap kata yang keluar daripada mulutku..
Adalah diiringi doa agar kau berjaya..
Diiringi harapan supaya kau menjadi manusia berguna..

Khas untuk pelajar-pelajar 3KT1, 3KT2, 3P3 dan 2P2 SMK Pasir Gudang 2, Pasir Gudang, Johor.

Sunday, June 28, 2009

RM100 melayang begitu sahaja

Minyak dari Pasir Gudang - Segamat = RM25.00
Tol Highway Skudai - Yong Peng = RM11.80
Minyak dari Segamat - Pasir Gudang = RM25.00
Tol Highway Yong Peng - Skudai = RM11.80
Makan Pagi+Tengah hari+Petang = RM 23.50

Total = RM97.10

It deserves more than 5 STARS

Thursday, June 25, 2009

I'm with the band!!



Pasir Gudang School Band


STF (Johan)


Preparation Room PG School Band

7 Band yang menyertai pertandingan

Pada hari Selasa 23 Jun 2009 telah diadakan pertandingan pancaragam peringkat Negeri Johor bertempat di Stadium Perbadanan Pasir Gudang. Sebanyak 7 sekolah seluruh negeri Johor telah menyertai pertandingan tersebut. Majlis pembukaan pertandingan telah dirasmikan oleh Presiden Persatuan Pancaragam Malaysia iaitu Yang Berbahagia Tan Sri Dato Muhammad Ali haji Hashim. Turut hadir dalam acara tersebut ialah Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Yang dipertua Majlis Perbadanan Pasir Gudang, Encik Lukman bin Haji Abu Bakar dan Pengarah Pejabat Pelajaran Pasir Gudang, Cin Zaiton binti Idris. Sekolah-sekolah yang menyertai pertandingan ini ialah Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi, Sekolah Menengah (P) Sultan Ibrahim (SIGS), Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman Andak, Sekolah Menengah Kebangsaan Paduka Tuan, Sekolah Tun Fatimah dan Sekolah Menengah Pasir Gudang.


Majlis dimulakan pada jam 2.30 petang selepas pemeriksaan perbarisan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato Muhammad Ali haji Hashim dengan lagu Negaraku yang diiringi oleh pasukan Pancaragam Sekolah Tun Fatimah. Persembahan demi persembahan hebat dipersembahkan oleh pasukan-pasukan yang bertanding. SMS Kota Tinggi telah mempersembahkan lagu-lagu seperti Tanah Pusaka, Glory, Hero dan Dancing Queen. SIGS telah memainkan lagu-lagu seperti Lagu Untukmu, Bunyi Gitar, Love Story of Music Box dan Ikan Kekek. Lagu-lagu seperti Pearl Habour Part1, Pearl Habour Part2, Stanium dan Tanah Pusaka dipersembahkan oleh SMK Skudai. Rasa Sayang, Dreamer, Sky n Ocean, Spirit of Malaysia (SMK Dato' Abdul Rahman Andak), Bukan Cinta Biasa, Dikir Puteri, Bunga Tanjung, Tanah Pusaka (SMK Paduka Tuan), Medley, Jingling Nona, Seni Johor, Enjit Semut, Lenggang Kangkung (STF), Malaguena, Kuda Hitam, Thinking of You, Khayalan (SM Pasir Gudang). Persembahan oleh ketujuk-tujuh pasukan tamat pada jam 4.30 petang. sementara menunggu keputusan juri, penonton dihiburkan dengan persembahan tarian One Malaysia daripada 115 orang wakil pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah di Pasir Gudang.

Keputusan :

Tempat Pertama : STF
Hadiah berupa wang tunai RM3000 dan piala
Tempat Kedua : SIGS
Hadiah berupa wang tunai RM2000 dan piala
Tempat Ketiga : SM Pasir Gudang
Hadiah berupa wang tunai RM1000 dan piala
Hadia Saguhati : SMK Skudai, SMK Dato' Abdul Rahman Andak, SMS Kota Tinggi, SMK Paduka Tuan
Hadiah berupa wang tunai RM500 dan piala
Colour Guard terbaik : SM Pasir Gudang
Percussion Tebaik : SMS Kota Tinggi
Drum Major Terbaik : Cristina Choo Mei Yen (SIGS)

Pasir Gudang School Band..I really PROUD of you Girlssssssssss!!