Drop your link here..nnti leh melawat..

Member2 blogger

My Heartbeat

Thursday, June 25, 2009

I'm with the band!!



Pasir Gudang School Band


STF (Johan)


Preparation Room PG School Band

7 Band yang menyertai pertandingan

Pada hari Selasa 23 Jun 2009 telah diadakan pertandingan pancaragam peringkat Negeri Johor bertempat di Stadium Perbadanan Pasir Gudang. Sebanyak 7 sekolah seluruh negeri Johor telah menyertai pertandingan tersebut. Majlis pembukaan pertandingan telah dirasmikan oleh Presiden Persatuan Pancaragam Malaysia iaitu Yang Berbahagia Tan Sri Dato Muhammad Ali haji Hashim. Turut hadir dalam acara tersebut ialah Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Yang dipertua Majlis Perbadanan Pasir Gudang, Encik Lukman bin Haji Abu Bakar dan Pengarah Pejabat Pelajaran Pasir Gudang, Cin Zaiton binti Idris. Sekolah-sekolah yang menyertai pertandingan ini ialah Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi, Sekolah Menengah (P) Sultan Ibrahim (SIGS), Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman Andak, Sekolah Menengah Kebangsaan Paduka Tuan, Sekolah Tun Fatimah dan Sekolah Menengah Pasir Gudang.


Majlis dimulakan pada jam 2.30 petang selepas pemeriksaan perbarisan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato Muhammad Ali haji Hashim dengan lagu Negaraku yang diiringi oleh pasukan Pancaragam Sekolah Tun Fatimah. Persembahan demi persembahan hebat dipersembahkan oleh pasukan-pasukan yang bertanding. SMS Kota Tinggi telah mempersembahkan lagu-lagu seperti Tanah Pusaka, Glory, Hero dan Dancing Queen. SIGS telah memainkan lagu-lagu seperti Lagu Untukmu, Bunyi Gitar, Love Story of Music Box dan Ikan Kekek. Lagu-lagu seperti Pearl Habour Part1, Pearl Habour Part2, Stanium dan Tanah Pusaka dipersembahkan oleh SMK Skudai. Rasa Sayang, Dreamer, Sky n Ocean, Spirit of Malaysia (SMK Dato' Abdul Rahman Andak), Bukan Cinta Biasa, Dikir Puteri, Bunga Tanjung, Tanah Pusaka (SMK Paduka Tuan), Medley, Jingling Nona, Seni Johor, Enjit Semut, Lenggang Kangkung (STF), Malaguena, Kuda Hitam, Thinking of You, Khayalan (SM Pasir Gudang). Persembahan oleh ketujuk-tujuh pasukan tamat pada jam 4.30 petang. sementara menunggu keputusan juri, penonton dihiburkan dengan persembahan tarian One Malaysia daripada 115 orang wakil pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah di Pasir Gudang.

Keputusan :

Tempat Pertama : STF
Hadiah berupa wang tunai RM3000 dan piala
Tempat Kedua : SIGS
Hadiah berupa wang tunai RM2000 dan piala
Tempat Ketiga : SM Pasir Gudang
Hadiah berupa wang tunai RM1000 dan piala
Hadia Saguhati : SMK Skudai, SMK Dato' Abdul Rahman Andak, SMS Kota Tinggi, SMK Paduka Tuan
Hadiah berupa wang tunai RM500 dan piala
Colour Guard terbaik : SM Pasir Gudang
Percussion Tebaik : SMS Kota Tinggi
Drum Major Terbaik : Cristina Choo Mei Yen (SIGS)

Pasir Gudang School Band..I really PROUD of you Girlssssssssss!!

No comments: