Drop your link here..nnti leh melawat..

Member2 blogger

My Heartbeat

Wednesday, May 25, 2011

Ayuh berfikiran positif

Meniti hari2 terakhir sebelum cuti sekolah sangat memberi semangat..di kala kanak2 sedang tekun menghadapi peperiksaan pertengahan tahun. walaupun mereka bakal bercuti selepas peperiksaan, jangan harap dapat bercuti dengan secuti cutinya kerana modul Pasak Cuti menanti mereka semua.hehehe..asahlah minda kamu wahai kanak-kanak, jangan biarkan berkarat selam 2 minggu percutian..sedang asyik menanda kertas tetiba bunyi trettttt (bunyi mesej la tu..bunyi ape lagi) bagus jugak ada mesej masuk sebab kepala otak semakin pening membaca karangan kanak2 riang 2 Dedikasi. oke..dan mesej itu jugak memeningkan kepala otak aku "saya dah jadi papa..saya dapat baby wanita, isteri saya bersalin jam 9 pagi tadi. baby sihat 3.2kg" mesej tu dari member yang dah lama tak kontek. aku musykil apesal dia mesej camtu?macam kanak2 spastik baru belajar taip mesej je..tapi mungkin dia sangat excited kerana kehadiran ahli baru dalam family "ooo wow..tahniah la kt korang..doakan turn aku lak pasni ek" dan proses bermesej berakhir di situ sebab dia dah tak reply..tengah belai2 baby kot.


Oke..pada titik itu perasaan musykil datang di benak fikiran aku..sekarang bulan Mei. hari ke 24. aku patah balik time orang yang send mesej tu kawen..kalau tak silap aku masa aku tengah berhoney moon meraikan anniversary perkahwinan yang pertama..December! yess..masih segar dalam ingatan orang yang mesej tu merajuk sebab aku xleh hadir majlis perkahwinannya kerana aku dan hubby dah book hotel kat Cameron. takkan nak cancel kot dah bayar separuh tu. lagipun dia jemput last2 minute..maklumlah bukan orang penting, jemput pun pakai sms je bukan pakai kad jemputan (ayat ala2 sentap) December - Mei bukanke baru 6 bulan? kalo 6 bulan baby terkeluar, mestilah premature baby kan..mesti berat dia dari 850g-1 kg..ni baby dia 3.2 kg..whoaaa tu baby yang cukup bulan tuu..dan aku tetap musykil. tapi walaubagaimanapun..ayuhlah terus berfikiran positif..positif dan terus positif.."Jauhilah aku dari berprasangka buruk"


               


Tuesday, May 24, 2011

Pembebelan tanpa plot tersusun dan tergantung

Bila belek2 facebook, banyak lak yang tag aku kat gambar cupcakes, gambar baju kurung, gambar bebaju bagai..adeii gatal lak tangan ni nak teruskan pembelekan kat baju2 kurung yang cantik nak mampos tu. lagipun aku memang perlukan banyak baju kurung nanti student muak asek tengok baju sama je..emm student aku xkesah sangat, aku sendiri ni yang dah muka tengok baju2 kurung yang dah berapa kali pusing dah padahal baru bulan Mei. patutnya aku jadikan mak aku idola sebab koleksi baju dia setahun pun tak terpusing2 lagi..sampai almari baju aku adik beradik pun dipenuhi baju beliau..hehe..belek beg duit ada RM12 aje. tambah lak si roadtax bertuah boleh plak die expiret hari ni..adeii pening eden. 

honestly aku seorang yang bukan gila shopping ke arah baju kurng n kain pasang macam wanita2 lain..pantang Kamdar, Gulatis bla bla letak signboard SALE pasti menggilalah mereka menyerbu kedai2 berikut. aku seorang yang sangat fail pada pemilihan kain..aku rasa cam lawa tapi orang tengok macam design dulu2..aiyak! mak aku pernah kata, bila orang pandang kami dari belakang masa pakai baju yang kainnya dipilih oleh kami sendiri pasti orang akan ingat aku mak, dia anak sebab mak aku sangat terrer bab2 latest design kain2 baju kurung ni. aku lak x amek port sangat pasal design terkini kain baju kurung. Dia pun pernah kutuk aku masa raya tahun lepas aku pakai baju raya pilihan aku sendiri..dia tanya tu baju raya ke baju sekolah..uwawawawaa..nasib baik mak aku bermurah hati menghadiahkan aku dua pasang baju raya yang sangat cantik. sampai skarang bila aku pakai baju pemberian mak aku tu gi skolah, mesti ada orang cakap "Cantiknyaaa" dan aku tersenyum sambil kembang hidung.

p/s : ada x kursus pemilihan kain baju kurung? hahahah pape pun aku tetap teringin nak belajar menjahit baju kurung, nak belajar buat cakes, cupcakes dan macaroon.sebab hr tu aku buat macaroon ngn oven yang aku pinjam ngn mak mertua aku rasa sedap tapi rupa hancus..hahaha..


               

Monday, May 23, 2011

I'm in love with Captain Jack Sparrow


Dengan begitu bersemangat skali aku melangkah ke kaunter TGV..mak abah oiiii panjang gile barisan!!skang ni TGV demand sangat nak book kena bayar online pakai kad kredit.aku mana ada kad kredit..nak tak nak terpaksa la beratur.dah la tiket mahal! kat depan ada pulak minah indon duk kalut2 ngan geng2 dia..camne nak beli tiket la..nak tgk cite ape la..nak pukul brape la..rasa nak lempang lak bila2 jenuh duk nunggu bila la nak dekat ngn kaunter.bila tengok skrin tetiba hati terasa hampa sebab Pirates of the Caribbean dah full sampai kul 9.15 malam..adeiii...skang baru kul 12 tengahari..gilo apo nak tunggu sampai malam..aku ingatkan orang beratur bagai nak rak sebab nak tengok cite Nur Kasih the Movie yang aku dengar gempak sangat tu dan gila2 punya promosi..aiyakk~ rupanya adik2 kecik pun kalut nak tengok POTC ni..so, terpaksa la beli yang 3D punye kul 4. 

Memula cite POTC tu aku hampir2 tertido..tak selesa beb pakai spek 3D tu..rasa pening2 pun ada..maklumla jakun tak biasa tengok versi 3D..first filem aku tengok yang 3D ialah Resident Evil..bila dia baling pisau tu aku ngelak2 sebab takut pisau terkena..wakakakaka..bongok! tengah2 POTC aku dah terasa sangat2 jatuh hati pada Captain Jack Sparrow yang sangat sempoi. POTC On Stranger Tides ni cite dia pasal pengembaraan Blackbeard dan Captain Barbossa ke Telaga Awet Muda di mana Jack menjadi penunjuk arah secara terpaksa untuk Blackbeard yang jahat. Captain Barbossa plak ada misi lain selain amek air telaga tu..dia nak bunuh Blackbeard sebab nak balas dendam apa yang blackbeard dah buat pada kapal Black Pearl. dorang berebut untuk ke telaga tu sebab sesapa yang minum air dari telaga tu campur ngan air mata duyung  leh la hidup selamanya. so, masa pengembaraan tu baru mula kebestan POTC On Stranger Tides ni. tapi kan tapi..duyung2 itu sangatlaaaaaaaaaaaaaa cantik terpegun aku tengok. tapi cantik pun ganas..bila musim mengawan duyung2 itu akan culik kelasi kapal dan bawak ke dasar laut untuk dimakan..aiyakk! so untuk dapatkan air mata duyung dorang terpaksa bertarung ngan beratus2 ekor duyung ganas semata2 nak tangkap sekor. lawan punya lawan dapat tangkap sekor duyung lawa nak mampos sampai Philip (salah sorang dari pengembara) tu jatuh cinta pada duyung itu..jadi..aku bagilah cite ni 7.5 per 10 bintang.hehe..kalo bundar jadi 8 bintang. pegi tengok kalau tak tengok lagi..next : Transformers 3 :)


               

Saturday, May 21, 2011

Mengapa Cincin Perkahwinan Disarungkan Di Jari Manis


Tahukah kenapa cincin perkahwinan disarungkan pada jari manis, bukan di jari lain? Mesti ada sebabnya bukan? Ok, untuk mengetahuinya, cuba lakukan aktiviti di bawah.

1. Satukan kedua tangan anda dan lekuk jari tengah ke bahagian dalam, kemudian 4 jari lainnya dipertemukan hujungnya seperti gambar di bawah.



2. Kemudian, cuba buka ibu jari anda. Ibu jari boleh di buka kerana ibu jari mewakili orang tua. Manusia mengalami sakit dan kematian. Oleh kerana demikian, orang tua kita juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

3. Tutup kembali ibu jari anda dan buka jari telunjuk anda. Jari telunjuk mewakili saudara kita (abang,kakak,adik). Mereka memiliki keluarga sendiri, dan mereka juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

4. Sekarang tutup jari telunjuk anda dan buka jari kelingking anda. Jari kelingking mewakili anak-anak. Cepat atau lambat anak-anak juga akan meninggalkan kita kerana mereka harus berkeluarga sendiri.

5. Selanjutnya, tutup jari kelingking anda. Cuba pula buka jari manis di mana anda menyarungkan cincin perkahwinan. Anda akan berasa hairan kerana jari manis tersebut tidak boleh dibuka. Kerana jari manis mewakili suami isteri. Sepanjang hidup, anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain, sehidup semati.




Apa yang cuba diketengahkan ialah nilai pengajaran. Mungkin ianya cuma mitos, rekaan, atau sekadar kebetulan. Aku pun tak pasti kenapa jari hantu mesti dilekukkan ke dalam macam tu. Mungkin juga sebab jari hantu sering digunakan sebagai isyarat lucah? Heheh.. Tapi, apa salahnya jadikan ia sebagai iktibar. Selagi kita hidup, jangan permainkan perasaan pasangan hidup kita. Diharapkan anda semua dapat apa yang cuba disampaikan. InsyaAllah..
[Sumber]






Friday, May 20, 2011

Arrrrrrr...aku terkantoi

Dari semalam lagi peperiksaan pertengahan tahun bermula. awal2 ni paper relax lagi cam PSV, PSK, PJK nnti dekat nak cuti baru paper killer cam math, sains, BM bla bla..dikala menjaga kanak2 ini menjawab peperiksaan mata tersinggah pulak kat dua kerat pelajar yang bersikap semacam je. macam tengah meniru..aku biarkan saja asalkan mereka tidak mengganggu pelajar lain dan proses meniru itu tidaklah seobvious mana. perlakuan dua pelajar itu membawa aku kepada zaman lampau..zaman aku berada di tempat mereka..zaman pecah kepala otak..zaman nerd nerd..tapi senerd aku di sekolah pun aku pernah dua kali kantoi meniru. satu paper kimia, satu lagi paper BM 1. aku tersenyum mengimbau kenangan lalu sambil membiarkan pelajar2 tekun menjawab kertas peperiksaan itu :)

BM1 ni aku kantoi masa tingkatan 2. Aku ingat lagi nama cikgu yang mengantoikan aku masa paper BM1 tu..nama dia Puan Hasnah. padan muka diri sendiri sebab sape suruh meniru kan kan..konon aku paling terer subjek BM sampaikan kawan sebelah nak bandingkan jawapan dia dengan jawapan aku. jadi dengan selamba bodohnya aku meletakkan kertas jawapan OMR betul2 di sebelah kanan meja supaya kawan aku dapat lihat semua jawapan aku..masa tu aku tengok kelibat cikgu hasnah ada kat depan kelas..line clear..tapi entah bila aku tak perasan tetiba cikgu Hasnah dah datang sergah belakang aku dan mengambil kertas OMR tu..kawan aku pun satu, nak salin jawapan tak agak2..salin gaya gelojoh pasti la cikgu Hasnah nampak. maka kami ditangkap kerana memberi tiru dan meniru. tapi hukuman tak berat pun sebab kami ni kira student yang baik2 masa dalam kelas sampai cikgu pun kesian nak denda teruk2.markah kami dipotong 50%..ahhhh gila nasib baik bijak, potong 50% pun masih dapat lulus.hahaha..betapa tumpulnya skil meniru waktu itu.

kekantoian kedua ialah kertas Kimia2 masa tu aku form 5. peperiksaan pertengahan tahun.. tapi sapa suruh jadual tak selaras kan. aku ada member skolah lain, jadual dia tak sama dengan jadual skolah aku cam aku exam kimia esok, dia dah exam hari ni. apa lagi aku call n tanya dia apa yang masuk pastu dia gitau semua soalan yang masuk. malam tu jugak aku karang semua jawapan kimia paper2 tu. esoknya masa nak exam aku menyelinapkan kertas semalam tu masuk dewan exam..kira bawak toyol la kan..nasib baik xde yang perasan. tapi kekantoian ni bukan berlaku masa dalam dewan tapi selepas dapat markah. cikgu kimia aku pelik tetiba aku yang bengap kimia ni bleh dapat markah yang tersangat excellent. lalu dia panggil aku dan menyiasat. siasat punya siasat aku terpaksa mengaku..dia guna nama mak beb..sapa tak kalah. actually mak aku pun cikgu kat skolah aku blajar tu. setelah merayu2 akhirnya cikgu tu setuju tak cakap kat mak aku pasal tu pastu dia suruh aku buat preksa lain..guna kertas lain yang lagi susah..padan muka lagi!

sejak pada hari tu aku insaf..bukan insaf nak meniru lagi, tapi insaf meniru tanpa skill..lepas pada tu macam2 skill meniru aku belajar..bohong la kalau aku cakap selama kat matriks, selama 4 tahun kat U aku xpernah meniru masa exam. cuma meniru secara bijak..lecturer pun ada kasi tips meniru secara bijak.kahkahkah..nnti kalo ada masa aku share ngn korang cara meniru secara bijak. Akhir kata, tak perlula buat macam gambar kat bawah ni kan..ni penderaan namanya..

sumber : google