Drop your link here..nnti leh melawat..

Member2 blogger

My Heartbeat

Thursday, May 12, 2011

Perempuan yang hensem

Kelas Peralihan sangat menstresskan aku..aku pun tak faham kenapa diwujudkan kelas peralihan ni sedangkan aku tak nampak apa2 keberkesanan pun..Student kelas peralihan ibarat diberi peluang honeymoon setahun dan mereka sedar perkara tersebut. Melangkah ke kelas peralihan umpama melangkah ke zon pecah kepala..dengan studentnya yang langsung tak faham bahasa Melayu dan fikiran mereka yang langsung tak matang terutamanya student lelaki. Ada yang main lari2, ada yang menyorok bawah meja, ada yang bergayut di pintu dan macam2 lagi aksi sarkas yang mereka lakukan. Aku ingatkan hanya waktu aku mereka buat perangai tak senonoh tu memandangkan aku ni berhati lembut. (akahakhaha - gelak dalam hati) tapi setelah mendengar luahan rakan2 setugas ternyata mereka tidak mengira sesiapapun kecuali guru Bahasa Cina yang sangat garang dan tanpa waswas akan melempang mereka yang bersikap kurang ajar. Tambahan lagi memang mereka faham apa yang cikgu tu cakap..  Selalunya, apabila ditegur mereka akan menganga sebab tak faham dan ayat yang selalu aku dengar dari mulut mereka ialah "Kami Cina maaaa..buat apa mau blajar Melayu?" pandai pulak dorang cakap Bahasa Melayu. Ikutkan hati kering aku, dah lama aku jawab satu jawapan yang menjurus ke arah racist..lebih baik aku simpan saja jawapan itu untuk menjaga etika walaupun aku tahu mereka tak akan faham. walaupun kerap kali dikenakan tindakan disiplin, sikap mereka akan berubah selama beberapa jam dan kembali kepada sikap asal yang terkinja kinja. Namun, aku sangat kasihan dengan student perempuan yang sangat mempunyai effort untuk memperbaiki Bahasa Melayu..setiap kali aku masuk, mereka akan mengeluarkan buku dan bersedia untuk belajar. dan sememangnya konsentrasi mereka akan terganggu dengan kebisingan dan gaya sarkis rakan2 sekelas mereka. Ohh..aku sangat bahagia pada hari Khamis sebab xde kelas peralihan. 

Satu petang, selepas menamatkan pelajaran mengeja, dan masa masih berbaki 5minit, pelajar2 perempuan bertanya adakah boleh menukar jantina daripada perempuan kepada lelaki.walaupun dengan ayat tunggang terbalik dan begitu payah mereka menyusun ayat tapi aku cuba untuk faham.terbeliak bijik mata aku mendengar soalan dari mereka. lantas aku bertanya kepada mereka kenapa soalan itu ditanya. mereka menjawab jika mereka mahu mencari pasangan, mereka akan mencari pasangan perempuan yang telah transform kepada lelaki dan berkahwin dengan mereka. mereka akan mengambil anak angkat supaya dapat anak angkat menjaga mereka apabila sudah tua.sangat gatal walaupun baru berusia 13tahun namun pemikiran mereka sangat jauh kehadapan. apabila aku memberi penjelasan yang menukar jantina itu salah di sisi agama dan undang2 mereka seakan2 protes dan tidak bersetuju. setelah menyiasat dengan soalan2 susulan, akhirnya mereka mengaku yang mereka sangat takut dengan lelaki apabila melihat gelagat rakan2sekelas yang terlalu hyperaktif sehingga menjurus kepada sikap terencat. dan mereka takut satu hari jika dtakdirkan berkahwin, mereka akan mendapat suami yang bersikap sama seperti rakan2 lelaki sekelas dan mereka juga turut menyatakan tiada seorang pun rakan lelaki sekelas mereka yang hensem yang menepati citarasa mereka tidak seperti perempuan yang bertukar menjadi lelaki yang kelihatan sangat hensem dan jambu. adeiii~



Wednesday, May 11, 2011

I like it when U like it..


Aku di tag dalam satu status yang betul2 membuatkan hati kering aku ni tersentuh. Yess..it's from my Ummi's Facebook status. Dia sangat2 menyukai hadiah sempena mother's day yang kami bagi setelah berhempas pulas mengumpul duit..Sangat2 terharu lagi bila abah sudi join share apabila kesian lihat kami yang tidak berapa berduit ni bertungkus lumus mengumpul duit. That day (Sunday 8th may), walaupun jauh, aku tak melepaskan peluang mengewish ibu tersayang sempena hari yang bermakna itu. dan ternyata Ummi sangat2 menyukai hadiah itu (sebab adik aku kata Ummi punya senyum sampai telinga dan tak henti2 membelek hadiah yang kami beri tu) sangat sukaaa dan sangat puas hati..Tapi hakikatnya, seketul telefon bimbit baru untuk Ummi langsung tidak mampu membayar jasa dan pengorbanan Ummi membesar, mendidik kami adik beradik sehingga kami dewasa dan berjaya..Sob3..xde topik yang mampu mengundang air mata di birai mataku selain tentang ibu dan bapa..uwaaaaaaaaaaaa...rindunyaaa kat Ummi..kat abah jugak.. Tak sabarnya nak balik peluk cium Ummi dan abah nanti cuti skolah ni..

Happy Mother's Day Ummi..
No words can i use to express how much i love you
Oh wind please send my kisses to my Ummi...

**MMmmmmmuahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhccc*

-Nampak hebat kn nama Ummi aku dalam Facebook..sebab beliau memang hebat!*




Tuesday, May 10, 2011

Kisah Anak Makcik Saodah

Ni pastinya bukan anak2 Makcik Saodah
(Sumber : Google)

Saadun dan Sameon merupakan anak kembar kepada Makcik Saodah. Walaupun wajah Saadun dan Sameon seakan-akan sama tapi sikap mereka jauh berbeza. Saadun seorang yang rajin, bijak tetapi tidak mempunyai berpendirian tetap. Dia seorang anak yang sangat patuh dengan ibunya..ibunya kata itu, dibuat itu..ibunya kata ini, dibuat ini. Malah, spender pun dia minta ibunya yang pilihkan. Bongok punya Saadun..Ohh maaf~ aku sedikit emo sebab aku tak suka lelaki yang lembik dalam membuat keputusan! Berbeza dengan Sameon. Walaupun Sameon agak bengap dalam pelajaran, tetapi dia mempunyai pendiriannya. Dia sangat tidak suka orang lain menentukan kehidupannya. Dia juga selalu membantah kata2 ibunya jika dirasakan tidak sesuai untuk dirinya..ohh sangat tidak sopan anak ini.

Walaupun sejak anak2nya masih kecil, Makcik Saodah sudah mempunyai agendanya yang tersendiri untuk kedua-dua anaknya. Makcik Saodah sangat menginginkan kedua-dua anaknya itu menjadi kakitangan kerajaan kelak. Maknanya, Makcik Saodah mahu Saadun dan Sameon bekerja dengan kerajaan. Bagi Makcik Saodah, hanya bekerja dengan kerajaan sajalah yang dapat memberi masa depan yang cerah untuk kedua-dua anak terunanya itu. Cetek sungguh pemikiran Makcik Saodah yang hanya mempunyai sijil SRP dan sangat taksub dengan kerajaan.

Masa berganti masa, kedua2 anak Makcik Saodah tamat Tingkatan 5. Seperti yang dijangkakan, Saadun mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM tetapi Sameon mendapat keputusan yang sederhana. Makcik Saodah dengan segera meminta Saadun dan Sameon mengisi borang SPA dan memohon pekerjaan yang bersesuaian dengan akademik mereka. Saadun dengan sukacitanya meminta Makcik Saodah mengisi borang SPA untuknya. Pada mulanya Sameon enggan akan tetapi dia gagal mengatasi kekerasan hati ibunya. Dia diberi kata putus, mengisi borang SPA atau keluar daripada rumah. Maka terpaksalah Sameon mengisi borang itu dengan berat hati. Beberapa lama selepas itu mereka dipanggil untuk temuduga SPA.

Beberapa bulan selepas keputusan SPM, mungkin nasib menyebelahi Saadun dan Sameon, kedua-dua mereka mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran. Saadun mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang diploma perakaunan di sebuah IPTA manakala Sameon mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang sijil kejuruteraan Automotif di ILP. Saadun sebenarnya tidak begitu berminat dalam bidang perakaunan kerana dia lebih meminati bidang Sains tetapi dia terpaksa mengikut kehendak ibunya yang menginginkannya terjebak dalam bidang perakaunan. Sameon pula sangat gembira kerana sejak di bangku sekolah, minatnya terhadap enjin2 kenderaan sangat mendalam sehinggakan dia sangat terkenal dengan skill melajukan motor2 mat rempit kampungnya. Setibanya waktu yang dinantikan, maka pergilah kedua-dua mereka menuntut ilmu.

Semester pertama, kedua2 anak Makcik Saodah mendapat keputusan yang sangat memberansangkan. Saadun sudah dapat menerima hakikat yang jodohnya ialah dengan bidang perakaunan dan dia telah jatuh cinta dengan perakaunan. Sameon? kalau sudah minat memang akan dilakukan bersungguh2..tetapi Makcik Saodah tidak pernah berbangga dengan Sameon. baginya, apa yang dapat dilakukan Sameon selepas tamat belajar..sudah semestinyalah Sameon akan bergelumang dengan minyak hitam dan berada di bawah kereta beralaskan kotak untuk mengrepair kenderaan2 tersebut. Makcik Saodah mahu anak2nya bekerja dalam bilik yang mempunyai pendingin hawa, memakai kemeja bertali leher, bukannya memakai baju penuh dengan minyak. akan tetapi Sameon tidak pernah mempedulikan kehendak ibunya.

Pada suatu hari yang indah, ketika Makcik Saodah sedang bersantai di anjung rumahnya, seorang posmen datang membawa dua keping surat. Surat untuk Saadun dan Sameon. Tanpa was2 Makcik Saodah membaca kedua2 surat tersebut. Ibarat mahu menjerit dan berlari keliling kampung, Makcik Saodah sangat gembira dengan surat itu. Itulah surat yang dinanti-nantikan olehnya. Surat tawaran kerja SPA untuk kedua2 anaknya..Lantas Makcik Saodah menelefon Saadun dan Sameon memberitahu akan hal itu. Saadun bingung..ibunya mahu dia berhenti belajar dan menerima tawaran kerja itu ketika sudah terbuka minatnya dalam perakaunan. Sameon pula seperti biasa tidak mempedulikan kata2 ibunya..baginya, berhenti belajar dan menerima tawaran kerja itu ialah nonsence semata2. Seperti kerbau dicucuk hidung, Saadun berhenti belajar dan menerima jawatan itu..Sameon pula menolak tawaran itu dan memfokuskan dirinya dengan misi untuk mendapatkan diploma dalam bidang automotif kegemarannya itu.

Tamat pelajaran di ILP, Sameon menyambung lagi ke peringkat diploma dalam bidang yang sama. Masa berganti masa lagi..Sameon berjaya menerima segulung diploma. Diberinya diploma itu kepada Makcik Saodah akan tetapi Makcik Saodah buat dekk je. Makcik Saodah sangat menyayangi Saadun yang tidak pernah membantah kata2nya dan dia juga berbangga dengan Saadun yang bekerja dalam bilik berhawa dingin dan memakai kemeja bertali leher. Sangat segak. Tamat diploma, Sameon bekerja di bengkel kawannya, katanya dia ingin menimba ilmu daripada kawannya itu. Selepas beberapa tahun, berkat daripada ilmu yang ditimba semasa bekerja di bengkel kawannya, Sameon berhajat untuk membuka bengkel membaiki kereta. Seperti biasa Makcik Saodah langsung tidak berminat dengan kehendak Sameon. Makcik Saodah sedikitpun tidak ambil peduli sebaliknya dia memuji2 Saadun padahal sikitpun Saadun tak bagi duit kat dia. Mana nak cukup kalo keje gov ngan lulusan SPM je..gaji ciput beb. Hanya Saadun yang menghulurkan duit poket kepada Makcik Saodah..tu pun Makcik Saodah masih belum sedar.

Semua urusan membuka bengkel diuruskan sendiri oleh Sameon. Akhirnya Sameon berjaya membuka sebuah bengkel kenderaan hasil daripada titik peluhnya sendiri. Hari demi hari perniagaan Sameon semakin berkembang. Bengkelnya mendapat kunjungan yang amat memberansangkan. Semua jenis kereta datang ke bengkel untuk direpair termasuklah kereta2 mewah. Pekerja Sameon semakin bertambah, bengkelnya semakin besar. Kejayaan demi kejayaan yang Sameon peroleh namun dia tidak pernah melupakan ibunya Makcik Saodah. Setiap bulan Sameon akan pastikan Makcik Saodah mendapat duit poket yang hampir mencecah RM1k. tidak cukup dengan itu, Sameon turut membelikan sebidang tanah untuk ibunya dan membina sebuah rumah yang tersergam indah. Melihat poket Sameon yang semakin lama semakin menebal, Makcik Saodah mula membuka matanya. Barulah dia sedar yang anaknya yang selalu dipandang rendah olehnya itulah yang selalu membantunya dan anaknya yang dipuji puja dulu lah yang banyak menghabiskan duitnya..bukan stakat duit, beras, lauk pauk semua pun Saadun yang habiskan..duit? harap satu sen pun daripada gajinya tidak pernah Saadun beri pada Makcik Saodah.

Kini baru Makcik Saodah dapat menerima kehadiran Sameon sebagai anak bertuahnya. Tanpa Sameon, dia tidak mungkin mengecap kemewahan hidup. Barulah Makcik Saodah faham, tidak semestinya hanya bekerja dengan kerajaan dapat menjamin masa depan yang senang. Semuanya datang dari usaha, minat dan kesungguhan anaknya bukannya daripada paksaan dan kehendaknya  hatinya sendiri. Dia juga menyesal kerana telah menyekat minat Saadun. Jikalau dulu dia membiarkan Saadun meneruskan pelajaran dalam bidang perakaunan, pasti Saadun dapat melangkah dengan lebih jauh.

Moral of the story : Ntah..aku pun xtau ade moral ke x cerita ni..korang decide la sndiri ye :)





Wednesday, May 4, 2011

Sila berterus terang

Satu soalan yang bermain2 di minda..

ADAKAH BLOG AKU BERAT?

Kalo ye sila berterus terang dan aku akan cuma memberi blog aku makanan seimbang supaya dapat mengurangkan keobesitian beliau..okeh :)




Sunday, May 1, 2011

Kisah Musliha dan Angsa Putih

Musliha ialah seorang gadis kampung yang serba sederhana. Dia tinggal sebatang kara memandangkan ibu bapanya meninggal dunia dalam kebakaran. Wajah Musliha yang ayu dan tingkah lakunya yang sopan mencuri hati Ibrahim, jejaka sekampung dengannya. Ketika umur Musliha mencecah 20 tahun, dia bernikah dengan Ibrahim sebab dua2 pun dah miang semacam je. Akan tetapi nasib mereka sangat malang kerana setiap kali Musliha mengandung dan melahirkan anak, anak mereka pasti akan meninggal dunia. Tidak pernah sekalipun umur anak mereka sempat mencecah setahun. Jika dikira2 Musliha sudah 4 kali melahirkan anak. Masuk anak yang kelima, nasib mereka masih lagi sama. Anak kelima mereka meninggal dunia pada umur lima bulan. Musliha sangat sedih akan nasib yang menimpanya. 

Pada suatu hari, sedang Musliha sedang menyapu daun2 kering di halaman rumah dengan memakai baju kurung Kedah dan kain batik, dia didatangi seorang Makcik yang cacat penglihatan yang tidak tahu dari mana datangnya memandangkan Musliha tidak pernah melihat makcik itu sebelum ini. Makcik itu kelihatan sangat kepenatan dan meminta segelas air daripada Musliha. Oleh kerana simpati, Musliha mengajak makcik buta itu masuk ke rumah dan menghidangkan air sunquick. Sambil minum2 makcik itu memberitahu yang dia dilahirkan buta sejak kecil lagi. Dia tidak pernah melihat dunia lagikan pula warna pelangi. Kerana suasana rumah Musliha yang sunyi, makcik itu bertanya....

Makcik   : Sunyi rumah kamu ye..takde orang ke time2 camni?
Musliha   : Takde makcik, saya sorang2 je kalo time cmni..suami sy kerja.
Makcik   : Oooo..anak2?
Musliha   : Tulah masalah saya makcik, (sambil menceritakan masalah kematian anak2 yang dilahirkan itu)
Makcik   : Kesian kamu ye..kamu bagi dorang makan ape yg boleh mati tu?
Musliha   : Saya kasi susu lah makcik.
Makcik   : Susu? waddehell is susu tu? makcik kan buta, mana makcik tahu susu tu camne.
Musliha   : Alaaa..susu yang kaler putih tu.
Makcik   : Kaler putih? kaler putih tu ape mende? makcik kn buta..mana makcik tau kaler putih tu cmne.
Musliha   : Putih tu cm angsa..alaa..angsa dalam cite dongeng Barbie and The Swanlake tu.
Makcik   : Angsa tu ape benda nya pulak. makcik kan buta..mana makcik tahu rupa bentuk angsa tu cmne
Musliha  : Cmni la makcik (sambil membuat bentuk angsa menggunakan tangannya lalu menyuruh makcik memegang tangannya itu)
Makcik    : OoooooooOooOoOoooooooooooo patutlaaaa.
Musliha   : Patut la ape pulak makcik ni?
Makcik   : Patut la anak2 kamu meninggal. Kenapa kamu kasi dia susu putih macam angsa ni..kan besar, mestilah dorang mati sebab tercekik.
Musliha    : Apa punya bangang la makcik ni!!