Drop your link here..nnti leh melawat..

Member2 blogger

My Heartbeat

Wednesday, June 20, 2012

Kesakitan terindah

Orang kata bersalin tu sakit..ye memang aku tak nafikan..bagaikan nyawa di hujung tanduk tak ada apa yang difikirkan melainkan semuanya selamat..nyawa sendiri dan nyawa anak yang bakal dilahirkan..Detik itu aku rasakan tanggal 28 May 2012. tarikh yang memang tak akan pernah aku lupakan. 27 May 2012 aku rasakan serba tak kena..serba tak kena pun bantai durian jugak dalam 3 ulas. malam tu pulak aku kemas bebuku2 masuk kotak.standby untuk pindah rumah. Malam tu jugak mak mertua tetiba memurahkan hati nak belanja makan ikan bakar tepi laut..tapi aku tak ikut..aku pun musykil sebab memang jarang sesangat aku menolak ajakan untuk makan lagi2 kalau ada orang belanja tapi malam tu memang aku rasakan aura malas melanda diri so aku ambil keputusan untuk duk rumah je, xmau makan. Malam tu tidoku memang tak lena..kiri salah, kanan salah.

6 pagi 28 May 2012 (isnin) aku terjaga dari tido kerana terasa tak selesa sesangat.bila aku ke toilet aku dapati ada darah+lendir keluar. dengan tenangnya aku mandi, siapkan beg lepas tu baru aku kejut suami aku yang lena tido. terkejut badak dia bila aku gitau yang ada keluar lendir+darah.kelam kabut dia siap2, capai beg n drive pegi spital.benda yang paling aku tak gemar ialah cek bukaan jalan. pukul 730 pagi nurse cek bukaan jalan, time tu nurse kata dah buka 3 cm tp dia musykil apsal aku xrasa sakit langsung. aku pun musykil. so, aku kena tahan dalam wad..actually hari tu suami memang amek cuti sebab kitorang plan nak scan baby.tp tak sangka plak plan nak scan baby membawa aku ke spital dengan bukaan 3cm..aiyakk~ suami setia menunggu di luar sebab time tu bukan waktu melawat.dia pun resah dan blur..dan nak bersalin ke bini aku ni?

1230 tengah hari : kesakitan datang sekejap sekejap, suami masuk ke bilik teman aku.aku nampak mulut dia terkumat kamit..baca apa ntah di kala aku sedang menahan sakit..nurse? ntah xnampak batang idung pun..sekitar 130 kesakitn mula kerap..suami aku ke depan panggil nurse sebab dia risau aku dah selalu sakit2..nurse cek lagi jalan..wooooo masa tu dah terbuka 8cm, terus nurse suruh suami amek baju baby n aku ditolak ke labour room. dalam keadaan blur..dah nak bersalin ke aku ni? awal gile sebab due date 17 jun.

3petang nurse datang cek jalan lagi, pastu aku rasa macam ada air keluar laju, air ketuban kot dia pecahkan..lepas dipecahkan air ketuban, sakitnya ya ampunnnn memang ak terkata.time tu aku dah tak peduli sape datang tengok, nak buat ape, berapa orang..lantak la.yang aku tau aku tengah sakit gile baban.dalam kul 415 gitu aku nmpak suami masuk.terus dia pegang kepala aku sambil bisikkan ayat "laa ilaahailla anta subhanakainni kuntuminazzolimin" masa tu nurse dh suh aku teran..aku rasa ada jgk dlm 5 orang bagi kata2 semangat. 430 petang tangisan seorang bayi disambut dengan laugan azan asar. Alhamdulillah syukur Ya Allah Engkau permudahkan semuanya. Engkau memberi peluang kepada aku untuk merasai nikmat mengandung dan melahirkan..sesungguhnya kesakitan itu adalah kesakitan yang terindah :)



               

2 comments:

suelynnda said...

salam..
bertuah awak dpt bersalin normal. huhu

saya dua2 kena ceasar. doc pun kata leps ni sy dah takleh bersalin normal.

pephal pun tahniah and selamat berpantang..hehe

jemput baca entry saya pasal pantang

saya berpantang dengan shaklee

Mahamahu said...

Sertai sekrang contest di blog Mahamahu hadiah wang tunai dan barangan exclusive daripada Mahamahu..