Drop your link here..nnti leh melawat..

Member2 blogger

My Heartbeat

Saturday, December 11, 2010

Aku dan Kelate (Episod : Kenapa???)

Bila disebut negeri asal saya Kelantan ramai yang memandang rendah terhadap saya..salahkah saya dilahirkan dan dibesarkan di Kelantan? Memang..memang Kelantan tiada panggung wayang, memang Kelantan tiada shopping complex seperti Mid Valley atau One Utama. tapi kenapa isu itu perlu diperbesarkan? satu ketika dulu semasa saya belajar di IPTA di Tanjung Malim, salah seorang kawan saya bertanya "Betulke Kelantan kalau buka TV waktu maghrib kena saman?" Jika difikirkan secara logik akal..siapakah yg akan mengetuk pintu setiap rumah untuk memeriksa adakah rumah itu membuka TV pada waktu maghrib semata2 untuk menulis surat saman? "Jannah. kat Kelantan ada KFC x?" Ya Allah..sebegitu kolot pemikiran seorang bakal pendidik sehinggakan soalan begitu boleh terkeluar dari mulut mereka. Sy rasa mesti mereka yg belum menjejakkan kaki di Kelate akan menggambarkan yang rakyat negeri ini hidup di kampung2 dan pedalaman yang bertanah merah. Jauh dari pembangunan, jauh dari kemudahan. Sila datang dan jenguk keadaan di negeri saya ini.

Saya mencurahkan khidmat di negeri Johor sebagai pendidik..masuk tahun pertama saya mebeli sebuah motokar bernombor JKQXXXX setelah setahun menggunakannya di jalan2 sekitar Johor semuanya lancar..saya puji pemanduan orang Johor, tidak kedekut jalan terutama bila mahu menukar lorong atau keluar dari simpang. Bukakan saja signal, kebanyakan akan memberikan laluan. Semasa cuti sekolah saya pulang ke kampung..dgn gatal tgnnya sy membeli sticker "Kawe Anok Kelate" dan melekatkannya di belakang kereta saya..keadaan berubah. Semakin sukar untuk saya menukar lorong di jalan raya..pemandu kereta di belakang akan memecutkan kenderaannya..Kenapa?? sebab saya letak sticker "Kawe Anok Kelate"? sebab sy berasal dr kelantan?? saya berharap agar itu semua adalah perasaan saya sahaja..saya tetap berharap

Satu kisah yg saya tak akan lupakan..betul2 menguji kesabaran saya sebagai anak Kelantan. Saya ke satu kedai perabot di Masai, Johor untuk membeli TV kebetulan saya baru mendapat tunggakan gaji dan bayaran sebagai guru ganti semasa menunggu keputusan "posting". salah seorang pekerja bertanya kepada saya.."Nak beli cash atau ansuran?" Saya bertanya jika ansuran berapa yg saya perlu bayar bulanan? Dengan tidak menjawab pertanyaan saya, dia bertanya lagi.."Cik orang mana?" Sy jawab "Kelantan"..kemudian dia berkata "Maaf cik, kami tak boleh jual secara ansuran kepada orang Kelantan sbb takut xleh bayar bulan2" **saya kecewa dengan ayat itu..sy betul2 kecil hati..begitu sekali pemikiran dan pendapat mereka tentang orang Kelantan. Sy batalkan saja niat saya utk mebeli TV..dan sy akan bayar secara cash..bukannya ansuran. Sampai sekarang sy masih igt peristiwa itu. Bukan berdendam tapi saya sangat2 kecewa. Saya ada membuat entri lama dahulu mengenai peristiwa ini di.. Better Letak Jawatan N Keje Jaga Kambing

Saya ke Google.com dan menaip di ruang search..belum habis saya taipkan Orang Kelantan..dan ini yang saya peroleh..


Sy tak terkejut walaupun 50% search adalah mengenai kenegatifan orang kelantan..

Satu lagi perkara yang sinonim dengan orang Kelantan iaitu hidup berpuak dan suka bergaul hanya dengan orang senegeri..Walaupun ramai yang cakap orang Kelantan ni terlalu sombong atau megah dengan negeri sendiri sampai tak mahu nak berkawan dengan orang negeri lain, sebenarnya pandangan tu agak silap. Walaupun penggunaan istilah "sek kita" terlalu menebal dalam diri rakyat Kelantan, sebenarnya itu bukanlah faktor yang utama berlaku budaya berpuak-puak dalam negeri Kelantan. Orang Kelantan sebenarnya sejak kecil di besarkan berkomunikasi dengan loghat Kelantan, yang kebanyakan bunyinya agak berbeza dengan negeri lain. Berbeza dengan loghat-loghat lain seperti loghat Utara dan Perak, loghat Kelantan agak jauh berbeza dengan Bahasa Melayu standard. Hampir setiap segi kehidupan loghat itu di gunakan sehingga ke sistem persekolahan sekalipun. Jadi ini menyebabkan orang Kelantan agak pemalu untuk bergaul dengan orang dari negeri lain, lagi-lagi dari negeri yang memaksa mereka bercakap "luar". Oleh itu, apabila penduduk Kelantan yang mendapat keputusan yang cemerlang melanjutkan pelajaran ke IPTA di negeri-negeri lain, mereka hampir terpaksa menukar sama sekali loghat pertuturan mereka,(yang mana perumpamaan susahnya macam suruh orang asli cakap orang putih). Bagi yang cuba untuk "bercakap luar", selalunya mereka boleh bergaul dengan baik pelajar-pelajar dari negeri lain.Tapi yang kategori berat atau "lidah keras" untuk mengubah serba sedikir pertuturan, menyebabkan mereka agak pemalu untuk bergaul dengan orang lain. Di tambah dengan pelajar negeri lain yang tak pernah dengar dan tak faham loghat Kelantan, lagilah si "lidah keras" ni malu untuk berkomunikasi. Dan perkara inilah yang mendorong pelajar dari negeri Kelantan lebih suka untuk bergaul dengan sesama mereka, untuk semata-mata memudahkan komunikasi sesama mereka. Itu saja.

Credit to : Beach Of Life untuk topik Orang Kelantan hidup berpuak

Kemudian saya masuk plak ke sini sgt2 lah bertambah kekecewaan saya..begitu tebal kebencian "tak suke KELANTAN Puchong, Malaysia" ni terhadap Negeri Kelantan dan rakyat2nya sehinggakan kesemua rakyat Kelantan diibaratkan sebegitu

"aku pelik la, nape org2 pantai timur ni terutama KELANTAN..muka dia org buruk, hitam n hodoh??..mcm keling n negro pun ada aku tgk..dgn hidung pesek n muke berminyak..eeee..geli "

Pernyataan yang begitu yakin sekali seolah2 dia lah yang paling sempurna di muka bumi ini..syabas! Mungkin dia pernah kecewa dengan Lelaki/Wanita dari negeri Kelantan..Hurm..hanya dia yg tahu.

Walau apa pun pendapat mereka di luar sana mengenai negeri sy..sy sebagai anak jati Negeri Kelantan tetap bangga denga negeri kelahiran saya..Tanpa didikan dan asuhan kedua ibu bapa saya yg juga Orang Kelantan yang mencari rezeki di bumi Kelantan..alhamdulillah saya berjaya menjadi diri sy sekarang. Tempat jatuh lagikan dikenang..kepada mereka yang masih tak berpuas hati dengan negeri saya..teruskanlah..sesungguhnya kami tak rugi apa2 :)





5 comments:

Anonymous said...

that a good thing to shared applemelody.blogspot.com

Aku Anak Pahang said...

Salam sepatutnya kita berbangga walaupun kita anak negeri mana pun. Saya anak Pahang :)

Pajill Nostra said...
This comment has been removed by the author.
Kheira said...

biarla jan ore nok kato gapo pun..hok peting kito berjayo..demo ni xkaba..padahal rama anok klate hok berjayo apo..demo tuh xtahu sangat..pah ceroh duk nguduh sokmo ko negeri kito..padahal kito xgitu pom..xpola janji kelate ame and bahagio..

Unknown said...

terpulang pada pandangan masing2..yg saya tau saya sayang negeri saya..sy juga sayang negara saya.jgn lah disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga.jgn lah disebabkan seorang rakyat kelantan yg membuat taik, seluruh rakyat kelantan dicop seperti itu..berhentilah menjadi org yg sempit akal