Aku punya sahabat..
Dari aku bayi sehingga aku dewasa..
Daripada aku masih di bangku sekolah sehingga aku bekerjaya..
Daripada celik mataku..sehingga mata dipejam..
Daripada mentari muncul sehingga kembali tenggelam..
Engkau peneman..tidak pernah dia menjauh..
Dulu..aku sangat menyayangimu, sahabat..
Tidak pernah aku mengabaikanmu
Pagi, tengah hari, petang, malam, tengah malam..
Engkau yang setia bersamaku.
Engkau ada ketika aku gembira..engkau juga ada ketika aku berduka.
Tetapi sahabat..kenapa semakin aku menyayangimu, semakin aku menderita..
Sesungguhnya..itu bukan salahmu..
Itu salahku yang tidak pernah tahu akan erti kasihmu..
Aku selalu menyalahgunakan kesetianmu kepadaku..
Aku mohon sejuta kemaafan..
Aku tidak lagi seperti dulu, sahabat.
Aku terpaksa..iya..aku terpaksa.
Demi dia..aku rela meninggalkanmu.
Kini, dialah segala2nya bagiku..bukan lagi engkau.
Pergilah..pergilah jauh dariku..
Maafkan aku sekali lagi..
Aku terpaksa mengucapkan Selamat tinggal sahabat..kerana
Hadirmu di setiap malamku akan menjadikan badanku semakin membulat..
Baju2ku sudah tidak mampu kusarungkan lagi..
Ketat..sendat..aku derita sahabat..
Aku tidak lagi seperti dulu..
Sahabat..bukan niatku untuk begini..
Hanya satu kupinta..jauhkan dirimu dari malam2 ku..
Hentikan mulutku untuk mengunyahmu sahabat..
Sahabatku..pergilah..jangan kau muncul di kala malam tiba..
Kerana aku tidak mahu lagi..
Badanku membulat semakin menjadi2..
Selamat tinggal sahabtku MAKANAN..
Sila datang lagi bila matahari muncul esok
Hehehehehehe.....
2 comments:
perghh..entry ko..terbaek ah..
ghupe2nya MAKANAN..hehe
haha..13 kilo doh naik ni.bulat gotey
Post a Comment