Ibu..dari kecil smpai kita besar..berapa duit ibu yang dihabiskan untuk kita?
Pengorbanan tenaga, kewangan, emosi.. sampai mati tidak dapat kita balas..
Emas? berlian? permata? lansung tidak dapat dibandingkan dengan pengorbanan ibu..
Dulu waktu kecil ibu selalu tidak cukup tidur, penat ibu tidak pernah hilang..
Tapi ibu tidak pernah merungut. Ibu hanya tersenyum sahaja..
Harapan ibu untuk melihat kita membesar dengan sempurna..
Kita selalu berkata.."bila besar nanti, aku mahu jaga ibu, buat ibu gembira"
Hakikatnya?? bila sekarang kita sudah besar..adakah yang dijanji itu kita tunaikan?
Malah..kita bebankan lagi ibu..
Bila dah ada anak.. kita serahkan anak kita untuk ibu jaga..
Kita? bersenang2 di luar..ada kita fikir penat ibu?
Bila anak kita lapar, ibu belikan susu..mana duit kita?
Ohh..duit kita simpan untuk beli rumah baru.
Bila anak kita sakit, ibu bawa pergi hospital..mana masa kita?
Ohh..masa kita di tempat kerja..cari duit untuk beli kereta baru.
Bila ibu tanya ada duit lebih? untuk beli susu anak, belanja sakit anak..
"Nah, ibu ambil rm50, bulan ini saya tidak punya duit lebih"
Ibu senyum..
Bila dahi anak kita ada lebam..ibu kata dia terhantuk sebab terjatuh..
Kita marah ibu kita.."ibu xboleh ke jaga anak kita dgn baik?"
Ibu senyum lagi..
Bila menjelang hari raya..kerajaan umumkan semua kaktitangan kerajaan dapat imbuhan
Kita dapat rm500, isteri kita dapat rm500
Mewahnya raya kali ini..
Kita dan isteri beli baju baru, 6 pasang..
Hari raya pertama, Hari raya kedua..untuk majlis open house, untuk kenduri kahwin kawan2..
Ibu pakai baju lama..baju raya 2 tahun lepas..
Ibu kata "tak apa..masih elok lagi"
Hari raya kita salam ibu.."Selamat hari raya ibu, Maaf Zahir Batin"
Dalam hati kita..Duit raya? xpayah la bagi ibu..kita kn dah bagi rm50 sebulan
Sebaliknya kita pula berkata "Ibu xbagi duit raya ke kat cucu2 ibu?"
Ibu senyum..
Kita rasa raya tahun ni nak buat open house..
Kita nak ajak kawan2 sekerja kita dan isteri..mesti meriah
Emm.."Ibu, ibu masak ek untuk majlis open house rumah kita"
Bila hari open house, kita sibuk melayan tetamu..ibu? ibu di dapur la..
"Ibu..lauk xcukup.." "Ibu..nasi ni kena tambah dalam bekas.." "Ibu..anak kita tumpahkan air..tolong lap ye..kita sibuk la tetamu ramai sangat"
Ibu senyum..
Adik kita dapat tawaran ke sekolah teknik d KL..
Ibu senyum kelat..entah apa dalam hati ibu..
"Nak..ibu pinjam duit sikit, nak hantar adik kamu ke KL"
Kita marah ibu. "Tu lah ibu, dah tau tak ada duit buat apa bagi adik belajar jauh, kita mana ada duit"
Ibu diam..tau2 ibu gadaikan cincin ibu untuk hantar adik ke KL
"Biarlah..barang kemas ibu banyak..setakat gadai satu xde kesan pun"
Kita beli rumah baru..teres dua tingkat..besar!
Ibu kata..bilik banyak, boleh la ibu balik ke rumah bila hujung minggu
Kita setuju..sangat setuju..bila hujung minggu ibu datang rumah kita ye
Kita dah lama tak tengok wayang dan jalan2 dengan isteri kita..
Kalau ibu ada, Ibu tolong tengokkan anak2 kita ye.
Ibu senyum..
Ibu memang sayang kita..kita anak manja ibu
Ibu mesti tidak marah atau menolak permintaan kita..
Buktinya..ibu selalu senyum
Ibu tidak pernah marah..
Tapi..banyak rahsia yang ibu simpan..
Banyak rasa yang ibu pendam..