Jumaat tiba lagi..kali ini Jumaat bersamaan 23 Julai 2010..satu tarikh yg sangat bermakna dlm hidup aku.. It's my abah's birthday! bukan kali pertama 23 Julai tiba tanpa aku di sisi abah..tanpa aku melihat wajah abah di depan mataku..tapi dh berkali kali. Tahun 2010 melakar satu sejarah dalam hidup abah.. bukan sahaja umur abah sudah menjangkau 58 tahun, malah juga tahun 2010 juga tahun persaraan abah dalam dunia pendidikan. Bila aku menghubungi abah, aku kelu xdapat berkata2..sebak dadaku menebal. mendengar suara riuh adik2, abang, kakak n anak2 buah yang begitu sibuk dengan persiapan majlis persaraan esok membuatkan aku xdpt tertahan lagi. Bukan sengaja aku tidak pulang di sisi mereka..menyambut majlis yg betul2 bermakna dalam hidup abah..Majlis Persaraan abah.tapi kerana tugas dan tanggungjawabku..serta halangan jarak kami..aku terpaksa menahan rasa ingin pulang. Ya..kalau aku masih belum bergelar isteri..aku akan pulang juga ke Kelantan..by hook or by crook supaya aku dapat melihat wajah abah di majlisnya itu. tetapi..keadaan mengubah segalanya..aku ada tanggungjawab lain di sini. Suara abah di corong telefon hampir2 menitiskan air mataku..sungguh aku rindu abah..sungguh aku rindu ummi..dan semua. Malam ini..aku hanya ditemani komputer riba ku, ditemani bunyi televisyen dan lambaian langsir yang ditiup angin kipas. Kupejamkan mata..membayangkan aku ada di tengah2 kesibukan majlis itu. membayangkan aku menatap wajah abah yang sgt aku rindu. Tabahlah hati..sabarlah diri..hanya doa supaya Allah panjangkan umur abah dan ummi..bahagiakan mereka sebagaimana mereka membahagiakan aku yang mampu aku kirimkan. Semoga abah sentiasa diberikan kesihatan dan keberkatan sepanjang hidupnya..
SITI SAYANG ABAH..
No comments:
Post a Comment