Smalam aku mengalami sakit perut teramat..memulas2 sgt2 smpai kuar masuk toilet beberpa kali..adeii makan ape ntah.mesti kt pasar malam td.huhuhu. sbb xtahan sgt aku tepaksa kluar beli pil chi kit tek aun kt 7e depan skolah. on the way nak ke 7e tu bermula la episod bikin aku panas oleh pihak JPJ..wat roadblock kat jalan yg xpenah2 ada roadblock..aku hanya berbuat rilek kerana pada aku, aku xde wat salah ape2..bila smpai kat mamat jpj tu aku buka tingkap n angkat tangan..pastu dia guna menda alah ape yg panjang warna oren tu menujukkan ke arah tepi jalan..dengan herannya aku hanya mengikut arahan..muka maintain cool walaupun dalam hati berdegup2 dan kepala otak mula ligat berfikir apa jenis kesalahan yg aku dh buat.aku memberhentikan keretaku di tepi jalan dan beberapa saat kemudian 2 orang pegawai jpj menghampiri keretaku dan meminta lesen memandu dan IC.nasib baik aku sudah baharukan lesen pada jumaat lepas..pehh..lega.tapi dia memandang lesen dan IC aku dengan muka berkerut2 sambil berkata "Cik..cik dah buat kesalahan besar ni" jantung aku makin berdebar..adakah kerana cermin keretaku ang tinted hitam legam?atau plet keretaku yang patah akibat dilanggar hoda civic dari belakang beberapa minggu lepas?(akibat kejadian itu pemandu honda civic disaman rm300 atas kesalahan mengekori kenderaan belakang terlalu rapat selepas aku membuat report kepada pak polisi) okey sambung cerita..aku bertanya kepada pegawai JPJ dengan nada yang terkejut bercampur ingin tahu "Sy buat salah ape??" ...tersenyum2 kedua2 pegawai JPJ itu sekaligus memulangkan lesen dan IC aku sambil berkata "Muka dalam IC xsama dengan muka sekarang..cik boleh jalan sekarang" ???????? aku blur seketika..adakah mereka teringin untuk makan kasut tumit 2 inci milikku atau dilanggar dari belakang sehingga patah pinggang?sememangnya sangat tidak berbaloi aku berhenti di tepi jalan dalam keadaan perutku yg memulas mulas semata2 untuk mendengar lawak bodo tahap brengsek kedua2 ekor mereka itu dan dipermainkan sedemikian rupa..haish!!alhamdulillah hati masih tabah dan masih mampu tersenyum dan mengucapkan "Terima kasih encik..encik memang pegawai2 yang berdedikasi" padahal dalam hati aku "&^$^&$*^&&^%*&@#%*)(%$*"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment