Drop your link here..nnti leh melawat..

Member2 blogger

My Heartbeat

Friday, September 14, 2012

Bagaimana caranya?

Awak..
Setiap hari saya lihat awak hisap benda tu. 
Pagi sebelum pergi kerja awak hisap, balik kerja pun sama. 
Dulu awak janji dengan saya, awak akan berhenti. 
Hati saya berbunga sangat, saya bagi awak sepenuh sokongan. 
Saya belikan awak supplement untuk mengurangkan ketagih awak pada benda tu. 
Saya jaga awak bila awak sakit kesan daripada berhenti hisap benda tu. 
Tapi hati saya remuk bila saya lihat awak kembali hisap benda tu. 

Awak..
Saya tahu kerja awak membuat awak tertekan
Tapi boleh tak awak cari cara lain untuk menghilangkan tekanan kerja awak 
Selain daripada hisap benda tu? cara yang lebih selamat? 
Bila saya marah, awak kata saya tak memahami awak. 
Bila saya tegur dan beritahu kesan hisap benda tu awak kata, orang tak hisap pun akan mati. orang tak hisap pun akan dapat barah paru2..
Saya tahu ajal maut di tangan Tuhan.
Tapi saya tak sanggup lihat awak terus dera paru-paru awak. 
Saya tak tahu bagaimana cara yang saya perlu lakukan lagi
Saya tertanya-tanya adakah gambar pada kotak benda tu langsung tak beri apa-apa rasa pada awak?

Awak..
Saya sayang awak
Setiap nafas awak ialah nafas saya.
Setiap denyut nadi awak ialah denyut nadi saya.
Awak adalah hidup saya. 
Awaklah yang buat saya bangun ketika saya jatuh satu ketika dulu. 
Saya perlukan awak selagi saya bernyawa. 
Saya tak sanggup tengok awak terus terusan menyeksa diri awak. 
Walaupun awak rasa hisap benda tu satu nikmat, 
Tapi sebenarnya awak sedang membunuh diri awak sendiri. 
Jika saya bukan yang terpenting dalam hidup awak, awak renunglah wajah kecil itu.
Dia darah daging awak, dia lebih perlukan awak berbanding saya. 
Saya tak dapat bayangkan bagaimana hidup kami tanpa awak. 
Dia masih kecil, belum mengerti apa-apa..
Jadi, saya betul-betul merayu pada awak..
Tolonglah berhenti merokok. 
Tolonglah.. :'(


               





3 comments:

Anonymous said...

Cik Kak.. Jangan sedih.. Si suami pasti berhenti suatu masa nanti.. InsyaAllah, banyak2kan lah berdoa.

Anonymous said...

Cik Kak.. Jangan sedih.. Si suami pasti berhenti suatu masa nanti.. InsyaAllah, banyak2kan lah berdoa.

Unknown said...

Alhamdulillah..suami dh berjaya berhenti merokok bulan puasa hr tu..sukaaa sgt3