Drop your link here..nnti leh melawat..

Member2 blogger

My Heartbeat

Friday, October 14, 2011

Pesan abah

Rasa rindu menyelubungi benakku. Lantas aku capai telefon di atas meja..suara abah kedengaran di hujung talian.  aku menyatakan tentang kehamilan aku pada abah..ternyata, abah sangat gembira. banyak tips yang diberikan pada aku. "kalau ada, minum sup burung merpati. kata abah, sup burung merpati boleh menguatkan memori dan anak yang bakal lahir akan petah bercakap..mana tahu suatu hari nanti dia bakal jadi pemimpin. Dalam Hadis Rasulullah S.A.W pun ada menyatakan khasiat burung merpati ni. khasiat lain burung merpati boleh menyembuhkan penyakit lumpuh, melembutkan suara, meperbaiki sistem pengaliran darah dan melegakan kebas badan..Hoho..mana nak cari burung merpati area Pontian ni..burung gagak banyak ler..aiyakkk..HARAM!
bird
Pesan abah lagi.."jangan stress, banyakkan baca quran, banyakkan berdoa, jangan angkat benda2 berat, masa berjalan hati2 jangan sampai tersepak benda2, jangan sampai tersadung, kasut yang tinggi2 tu toksah pakai, pakai yang rendah-rendah je. amalkan minum susu,  makan kurma," 

Sabda Rasulullah S.A.W : "Berilah makan kurma pada wanita hamil sebelum dia melahirkan, nescaya anak yang bakal dilahirkan menjadi anak yang penyabar, sopan santun dan cerdas pemikirannya"

semasa memberi pesanan aku dengar ada getar dihujung suaranya..membuatkan air mata aku bergenang. andainya dia ada dihadapanku, pasti serta merta aku akan peluk abah. "Abah doakan kesejahteraan anak-anak abah, I miss you" kata abah mengakhiri perbualan..TERIMA KASIH ABAH :')


               

Thursday, October 13, 2011

Tak henti tersenyum

Dulu sebelum kawen berat aku 53 kg. setahun lebih selepas aku kahwin berat aku naik 12kg. gile banyak..hasil pemakanan tak hengat dunia aku berjaya mengembangkan badan dengan jayanya. menstruasi aku kacau. ada satu ketika sampai 3 bulan aku tak datang bulan menyababkan jiwa aku stress. setahun lebih kami melayari bahtera rumah tangga, kami belum dikurniakan anak. masuk setahun tahun 2011 aku tekad untuk berjumpa doktor klinik keluarga. doktor mengesyorkan aku makan MERCILON..aku berjaya mendatang bulankan diri. dua kotak aku menghabiskan MERCILON a.k.a hormon buatan pastu aku stop..pastu doc kasi makan CHLOMID, 2 kali jugak aku makan CHLOMID ni pun takde menunjukkan tanda2 yang aku mengandung. aku hampir2 give up..doktor pernah cakap, "turunkan berat badan kalau nak mengandung" sebab dia kata selagi hormon aku tak stabil, memang susah peluang untuk mengandung. aku cuba pelbagai produk untuk menurunkan berat badan aku..antaranya LEPTIN, BIODEX, COCOA COLAGEN, LITE TEA .orang kata BIODEX tu bagus untuk mengandung tapi mahal, aku tak mampu. ada jugak la terjejas 2-3 kg pastu naik balik. doc marah aku sebab aku tak serius turunkan berat aku. lepas dia marah, aku tak lagi mengunjungi klinik itu sedangkan doktor suruh aku pegi ikut jadual yang dia dah bagi..supaya dia bleh pantau aku tapi aku degil..malas ahh jauh klinik tu ramai orang plak tu.tak beruban lak nk tunggu jumpa doc. 


penghujung Jun aku terbuka hati menggoogle tentang tips hamil untuk orang macam aku ni (orang period xteratur sbb kenaikan berat badan mendadak) aku terjumpa satu artikel tentang khasiat EPO (Evening Primerose Oil) setelah memahami khasiatnya, aku terus mendapatkan pek 3 botol di WATSON murah je..RM80+ untuk 3 botol besar brand KORDEL. 3 botol tu tahan 3 bulan..tetiap hari aku amalkan makan EPO sehari 3 biji dari first day period sampai hari dekat2 waktu subur dan sambung balik 1st day  period pada bulan berikutnya.. sebab EPO ni boleh menyebabkan keguguran kalau mengandung..jangan makan EPO kalau mengandung ye . lepas tu aku makan ASID FOLIK  sebiji setiap malam dan VITAMIN E 400 ui sebiji setiap pagi. member aku jugak sunggest aku minum ANMUM MATERNA sebab kandungan anmum materna tu bagus untuk uterus. ada folat jugak. jadi aku minum segelas setiap pagi dan segelas sebelum tidur, aku bukan peminat susu tapi aku cuba jugak ANMUM MATERNA COKLAT..ok la rasa dia ala2 milo gitu. 3 bulan aku amalkan makan sume benda tu tanpa miss..ye aku serius untuk mengandung.Julai, Ogos, September..Alhamdulillah period aku teratur dengan jayanya..kalau beza pun dalam sehari dua. Masuk Oktober aku pelik, kenapa period aku kacau lagi..tak datang pulak..aku beli pregnancy test tapi takut nak cek sebab aku dh beberapa kali terkecewa dengan keputusan satu garis. sehari, dua hari, tiga hari..satu pagi yang hening aku terbuka hati untuk test..ternyata keputusannya membuat aku dan suamiku tak henti tersenyum.


ALHAMDULILLAH..syukur Ya Allah




 Apsal ade 2? sebab aku tak puas hati 1st test tu. so aku gi beli lagi satu.. :) so, sape kata orang gemuk takleh mengandung?? stabilkan hormon anda, amalkan bacaan Yasin setiap malam, mintalah doa daripada-Nya..IsyaAllah..DIA MAHA MENDENGAR..aku sekadar berkongsi pengalaman sebab aku nak kongsi kegembiraan aku dengan semua..tak salah kita usaha kan.. :)