Drop your link here..nnti leh melawat..

Member2 blogger

My Heartbeat

Sunday, August 5, 2012

I am SHAKLEE independent distributor

ID : 881734
FB : Jannah Hamdi (add utk keterangan lanjut mengenai produk shaklee.xmo malu2 :))


















Wednesday, June 20, 2012

Kesakitan terindah

Orang kata bersalin tu sakit..ye memang aku tak nafikan..bagaikan nyawa di hujung tanduk tak ada apa yang difikirkan melainkan semuanya selamat..nyawa sendiri dan nyawa anak yang bakal dilahirkan..Detik itu aku rasakan tanggal 28 May 2012. tarikh yang memang tak akan pernah aku lupakan. 27 May 2012 aku rasakan serba tak kena..serba tak kena pun bantai durian jugak dalam 3 ulas. malam tu pulak aku kemas bebuku2 masuk kotak.standby untuk pindah rumah. Malam tu jugak mak mertua tetiba memurahkan hati nak belanja makan ikan bakar tepi laut..tapi aku tak ikut..aku pun musykil sebab memang jarang sesangat aku menolak ajakan untuk makan lagi2 kalau ada orang belanja tapi malam tu memang aku rasakan aura malas melanda diri so aku ambil keputusan untuk duk rumah je, xmau makan. Malam tu tidoku memang tak lena..kiri salah, kanan salah.

6 pagi 28 May 2012 (isnin) aku terjaga dari tido kerana terasa tak selesa sesangat.bila aku ke toilet aku dapati ada darah+lendir keluar. dengan tenangnya aku mandi, siapkan beg lepas tu baru aku kejut suami aku yang lena tido. terkejut badak dia bila aku gitau yang ada keluar lendir+darah.kelam kabut dia siap2, capai beg n drive pegi spital.benda yang paling aku tak gemar ialah cek bukaan jalan. pukul 730 pagi nurse cek bukaan jalan, time tu nurse kata dah buka 3 cm tp dia musykil apsal aku xrasa sakit langsung. aku pun musykil. so, aku kena tahan dalam wad..actually hari tu suami memang amek cuti sebab kitorang plan nak scan baby.tp tak sangka plak plan nak scan baby membawa aku ke spital dengan bukaan 3cm..aiyakk~ suami setia menunggu di luar sebab time tu bukan waktu melawat.dia pun resah dan blur..dan nak bersalin ke bini aku ni?

1230 tengah hari : kesakitan datang sekejap sekejap, suami masuk ke bilik teman aku.aku nampak mulut dia terkumat kamit..baca apa ntah di kala aku sedang menahan sakit..nurse? ntah xnampak batang idung pun..sekitar 130 kesakitn mula kerap..suami aku ke depan panggil nurse sebab dia risau aku dah selalu sakit2..nurse cek lagi jalan..wooooo masa tu dah terbuka 8cm, terus nurse suruh suami amek baju baby n aku ditolak ke labour room. dalam keadaan blur..dah nak bersalin ke aku ni? awal gile sebab due date 17 jun.

3petang nurse datang cek jalan lagi, pastu aku rasa macam ada air keluar laju, air ketuban kot dia pecahkan..lepas dipecahkan air ketuban, sakitnya ya ampunnnn memang ak terkata.time tu aku dah tak peduli sape datang tengok, nak buat ape, berapa orang..lantak la.yang aku tau aku tengah sakit gile baban.dalam kul 415 gitu aku nmpak suami masuk.terus dia pegang kepala aku sambil bisikkan ayat "laa ilaahailla anta subhanakainni kuntuminazzolimin" masa tu nurse dh suh aku teran..aku rasa ada jgk dlm 5 orang bagi kata2 semangat. 430 petang tangisan seorang bayi disambut dengan laugan azan asar. Alhamdulillah syukur Ya Allah Engkau permudahkan semuanya. Engkau memberi peluang kepada aku untuk merasai nikmat mengandung dan melahirkan..sesungguhnya kesakitan itu adalah kesakitan yang terindah :)



               

Sunday, May 6, 2012

Tak tau nak letak tajuk ape..tp semestinya ini post yg melalut.hehe

bz nye mak oiiiii smpai dh lama gile tak update benda alah blog ni. Gilak rumah banjir pulak..ntah ape benda tersumbat dalam lubang air..kuarters puaka ni macam nak halau kami keluar dari sini..yeeeeeee memanggg aku dah tak sabar2 sangat sangat sangatt nak blah dari rumah puaka ni.

Smalam orang wiring tipon..lampu kipas dh siap tunggu seketul aircond je blom pasang lg..syabasss..memang cekap kerja korang.yeayyyyyy~ kabinet dapur in progress..tinggal yg atas je lom pasang..yeayyyyy~ lawa kabinet dapur rumah aku.haha..skang nak ukur2 langsir pulakk pasang benda alah besi tu. 15 may ni dh boleh la angkut2 barang sket2..harap si kecik dlm perut ni leh tunggu jap..meletuplah lepas dh siap pindah ekk..nnti dah keluar mama xmo baby kluar kt umah puaka ni..mama nk baby kluar tgk umah baru yg canteq..sabo ye sayangku..nnti orang angkat2 barang kita duduk tengok dan arahkan je macam queen giteww..haha..ok babai~

skang mood dipenuhi perasaan nak pindah dan nak beranak..yg lain2 xmo pikir.ok babai~~



Friday, January 27, 2012

Support dia tanpa putus asa

Dulu aku risau satu perkara..puas fikir cara untuk buat dia berhenti tabiat buruk tu. semua tak berkesan. orang kata tabiat ni hanya akan berkesan jika tuan punya diri yang tanam azam yang kuat untuk berhenti. berbuih mulut  bebel pn xde kesan jika diri sendiri tak nak. dulu ye..aku boleh kata aku tak kisah..sekarang aku sangat2 kisah tambahan pulak keadaan aku yang tengah mengandung. aku tahan aje bau baju dia bila balik kerja. aku diam aje bila puntung bersepah dalam sink belakang. berkepul2 asap walaupun pintu ditutup asapnya masih boleh masuk ke dalam rumah. aku diamkan..sebab aku dah penat. Ye..suamiku memang boleh dikategorikan sebagai perokok tegar. bagai xleh dipisahkan dia dengan rokok..satu hari bila duduk2 lepak2 dia kata "Syg..abg rs nk brenti rokok la" bagai nak lompat peluk dia erat2 sebab ayat tu la yang aku tunggu selama ini. ibarat satu mimpi..dalam hati aku doakan agar dia kuat melaksanakan azamnya. 

Langkah awal yang dia buat ialah menukarkan Dunhill ke Winston kotak merah kemudian beralih ke kotak putih. dari 2 kotak sehari ke sekotak sehari ke 2 batang sehari dan akhirnya menghitung harinya tanpa rokok. Memang pada awalnya agak sukar..2 hari tanpa rokok dia diserang demam dan batuk2..adeii..begitu power kesan rokok ni. aku pulak naik risau dan suruh dia isap rokok at least sebatang sehari sbb xsanggup tgk dia cmtu.tp dia taknak sebab dia dah janji nak betul2 berhenti. kemudian aku belikan dia supplement untuk buang toksik dalam badan. Vitahealth Supa Garlic Plus..dia mengalami ruam2 dan perpeluhan melampau dan batuk berkahak. lama kelamaan (2 minggu) keadaannya pulih..Alhamdullilah keinginannya terhadap rokok semakin berkurang. sekarang sudah mencecah sebulan dia tidak merokok..takde lg puntung rokok dalam sink, takde lagi bau asap rokok pada baju kerjanya. dan aku sebagai isteri tidak akan putus memberinya sokongan. mengharapkan keadaan ni kekal smpai bila2 dan aku berdoa agar dia kuat memegang azamnya untuk bebas daripada rokok. Amin~ 


               


Sunday, December 25, 2011

Sherlock Holmes 2 vs Mission Impossible 4



Aku bukan peminat Tom Cruise
Sebab tu aku tak tengok MI1 ngn MI2..MI3 aku tgk DVD sape punya ntah..lepas tu aku mula suka dengan Mission Impossible ni sebab aksinya.
MI4 aku tengok sebab time tu boring dan cerita kat panggung yang agak2 best hanyalah MI4 ni..
Nak tengok Songlap memang tak la kan sebab aku betul2 serik nak tengok cerita melayu kat panggung lagi.
So..tengok je lah MI4 ni kan..walaupun genre nya PG13 tapi aksinya boleh tahan..walaupun kureng sikit dari MI3. Secara jujurnya aku peminat filem berklasifikasi 18.barulah keganasan dan aksinya terasa.
Jadi untuk Mission Impossible 4 aku bagi 3.5 bintang dari 5 bijik bintang walaupun bau ketiak orang yang duk sebelah kiri aku sangat menusuk hidung..urghhh~


Aku peminat Robert Downey Jr. walaupun bukan die hard fan.
Aku suka cite Iron Man..tapi Sherlock Holmes aku bantai tido separuh cerita.
Mungkin genre filem ni xsesuai dgn jiwa aku..berlatar belakangkan zaman dulu2, banyak drama dan kena berfikir..
tengah2 cerita barulah best sket. ending pun kelakar..
Btw aku suka gandingan Robert Downey ngn Jude Law
aku bagi 2.5 bintang sbb mungkin aku terlepas aksi menarik masa aku tido.Nanti kalo ada masa aku tgk lagi tanpa tido, mungkin aku bleh tambah bintangnya.

Sebelum aku tgk cerita SH ni aku ada tanya member aku best ke x sebab dia ada tengok SH1..aku xtengok.
Dia kata 'bestttttttttttttt!!' (tu la msg yg dia reply kt aku) sebab dia peminat genre filem cmtu..
So jangan salah paham..xsemestinya aku xsuka bermakna bg korang pun xbest.


SEKIAN