Drop your link here..nnti leh melawat..

Member2 blogger

My Heartbeat

Thursday, May 19, 2011

Bukan salahku..

Ini kisah aku..seorang wanita yang selalu menjadi bahan hina dan keji masyarakat. Aku mendirikan rumah seawal umur 20 tahun. tangga hampir 12 tahun tetapi aku dan suami masih belum dikurniakan cahaya mata. Sudah bermacam cara aku usaha dari klinik, doktor pakar, bidan..dan pelbagai jenis ubat telah aku telan..pil, makjun, air akar2 kayu dan banyak lagi namun rezeki masih belum menyebelahi kami. Aku terfikir adakah impak jatuh terduduk yang sangat kuat ketika aku berumur 17 tahun menyebabkan aku sukar untuk mengandung? banyak kali aku pergi mengurut dan banyak kali jugalah aku bertemu pakar sakit puan. banyak duit dihabiskan..


Aku terpaksa pekakkan telinga..banyak suara sumbang yang mengatakan aku mandul, aku bukan wanita sejati kerana tak dapat mengandung dan melahirkan anak. Aku dan suami telah banyak mencuba pelbagai posisi mengikut kata teman2. masih belum berhasil. Semakin hari semakin tawar hubungan kelamin kami. suami juga seakan2 menyalahkan aku..aku semakin tertekan apabila dia selalu bercerita tentang ahli keluarganya yang kononnya subur dan dapat menghasilkan zuriat dalam tempoh masa tidak sampai 2tahun perkahwinan. Satu hari yang meremukkan hati aku, aku terdengar percakapan antara suami dan ibu mertuaku. Ibu mertuaku mencadangkan suamiku berkahwin lagi. katanya, apa guna menyimpan isteri mandul yang tak dapat memberikan cucu kepadanya. Aku diam, air mata kutahan.

Satu hari, suami membawa aku makan di tempat yang sangat istimewa. entah kenapa hati ini merasakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku. tepat seperti yang dirasakan, malam itu suamiku menyatakan hasratnya untuk berkahwin lagi dengan gadis pilihan ibunya. alasannya untuk mendapatkan zuriat. genang air mataku tak dapat ditahan lagi, jatuh bagai hujan yang turun. aku cuba untuk kuatkan hati. entah kenapa diri ini tak rela untuk dimadukan. biarlah aku tak mendapat payung emas. aku bersetuju dengan permintaan suamiku dengan syarat aku diceraikan. terkedu suamiku mendengar ayat itu keluar dari mulutku. biarrlah aku mengundur diri..apa guna aku terus ada dalam hidupnya jika aku hanyalah seorang wanita mandul yang tidak memberi apa2 keistimewaan dalam hidupnya. selepas perbincangan demi perbincangan maka persetujuan dicapai, suamiku menceraikan aku dengan talak satu dan berkahwin dengan gadis pilihan ibunya. aku redha jika inilah takdir hidupku.

Satu petang setelah 2 tahun hidup menjanda, ibuku memberitahu sesuatu yang membuatkan aku tergamam. katanya, ada seorang duda anak satu datang merisik dan mahu mengambil aku sebagai isterinya. bagaikan trauma dengan kisah rumah tangga yang gagal, aku menolak namun bila aku fikir-fikirkan, sampai bila aku harus menyusahkan ibu bapaku yang telah tua untuk menanggung makan pakaiku yang tidak bekerja ini..akhirnya aku bersetuju dan diijabkabulkan dengan seorang duda tersebut. Aku bahagia dengannya, seorang lelaki yang penyayang. 8 bulan kami mendirikan rumah tangga, kami dikejutkan dengan satu berita yang langsung tidak terlintas di fikiran..aku mengandung! hanya Tuahn yang tahu betapa gembiranya hati aku ketika itu..ibarat mahu menjerit mengumumkan berita gembira itu kepada seluruh penduduk kampung. Pada usia 34 tahun, akhirnya aku berjaya membuktikan yang aku tidak mandul. 9 bulan kemudian aku melahirkan seorang cahaya mata perempuan yang comel. Setahun kemudian, aku dan suami dikurniakan seorang lagi cahaya mata lelaki. puas hati aku kerana dapat membuktikan segala tohmahan kepadaku selama ini semuanya salah! 

sedang aku dan suami bersantai sambil membelai anak2 kecil kami, pintu rumahku diketuk. Bagai terkena renjatan melihat tetamu yang datang di muka pintu rumahku. bekas suamiku! suamiku menerima kehadirannya dengan baik. sebenarnya kehadirannya adalah untuk meminta maaf terhadapku atas apa yang pernah dilakukan dulu. sambil menangis, dia menyatakan rumah tangga yang pernah kami bina itu dulu hancur kerana keegoannya sendiri. sekalipun dalam tempoh 12 tahun perkahwinan kami dulu, tidak pernah dia cuba untuk memastikan masalahnya berkenaan kesuburan. sikap ego yang begitu tinggi membuatkan dia takut untuk menerima kenyataan yang dialah yang sebenarnya yang mandul dan bukannya aku. namun kebenaran itu terbongkar selepas perkahwinan keduanya juga gagal untuk menghasilkan zuriat, dia gagahkan diri untuk memeriksaan keadaan kesuburannya. ternyata, dialah yang mengalami masalah, bukannya aku. selama ini duit beribu habis untuk sia-sia sahaja. aku yang menjadi mangsa keadaan, aku yang menjadi bahan keji dan hina orang termasuk ibu kepada bekas suamiku sendiri. aku yang dibuang setelah puas dicaci. aku yang disalahkan atas perkara yang bukan salahku.. dan sekarang..aku bahagia dengan kehidupanku. ternyata Allah maha adil, Dia memberikan aku nikmat hidup berkeluarga setelah aku diuji dengan ujian yang sangat hebat.





.

Wednesday, May 18, 2011

Mercilon tu rupanya pil perancang??

Udah 3 bulan aku amek pil yang bernama Mercilon. Pil ni doktor yang kasi masa aku gi buat treatment kat klinik ibu dan anak Halizah kat Pontian. Doktor kata, pil tu untuk mengaturkan balik period yang dah kucar kacir sesangat sampai susah nak kira waktu subur. Alhamdulillah lepas sepeket abes, period aku dah kembali teratur, skang aku tengah amek peket yang ke-3. Tapi aku musykil la plak sebab tadi aku gatal2 tangan la search kat google apa sebenarnya Mercilon ni. Baru aku tahu yang Mercilon ni sebenarnya pil perancang..sumpah aku tak tahu sebelum ni sebab aku tak pernah tanya doktor n doktor lak xpernah gitau aku.sape suh xtanya..huhuhu..tapi aku pelik la jugak bila aku baca kesan2 pengambilan Mercilon ni..

1) Mercilon ni boleh menghalang proses ovulasi dan pembesaran folikel..
2) dia menambahkan mukus pada uterus untuk menyusahkan sperma2 berenang.   
3) katakanlah berjaya jugak persenyawaan, Mercilon ni menipiskan dinding uterus supaya proses penempelan xberlaku.

Aiyakk..slama 3 bulan ni sia2 je la aku ngan suami berusaha? apsal lak nak kasi aku pil perancang sedangkan aku sangat sangat amat sungguh nak zuriat. Emm..tapi ada baiknya jugak kn kn..mungkin doktor kasi makan pil tu sebab bila period dh teratur aku leh kira waktu subur. Bila dah betul2 teratur baru stop makan pil tu n doktor ada pesan nanti next period pegi jumpa dia nak kasi jadual+pil subur..kengkawan..doakan murah rezeki aku dan suami ye..doakan kami dapat rezeki cahaya mata..weiiii sape tak teringin anak lepas kawin..jeles laaa tengok member2 dah ada anak kiut miut lak tu. doakan ek :)


Tuesday, May 17, 2011

Kau apesal? (ini zon geram)

Dari dulu sampai sekarang aku tak pernah masuk campur dalam hidup kau. sejak pertama kali aku jumpa kau sehingga sekarang tak pernah aku nak ambil tahu apa yang kau buat, apa yang kau beli, berapa gaji kau, berapa jam kau kerja, ape benda kerja kau buat. lantak kau lah bukan penting pun bagi aku. tapi yang aku sangat2 bengang ialah setiap langkah aku, kau mesti tak puas hati. memula jumpa aku ingat lagi soalan kau ajukan kat aku "Basic gaji berapa?" hahaha..sumpah pelik memula jumpa pun dah tanya gaji. bila aku cakap basic gaji aku, kau tak puas hati sebab basic gaji kau lagi kecik dari aku. Hurmm..bila kat berita keluar tentang keistimewaan guru, kau mula membantah.."Asek2 ckgu..asek2 cikgu je dapat faedah..orang lain pun kerja penat jugak. dahla cuti banyak, keje half day..orang lain keje macam nak mampos gaji ciput je" aku diam je..orang macam kau memang xleh nak layan. memang kat otak kau dah set yang kau akan anti pada cikgu2. gaji polis, askar naik apsal dia tak pertikai? apsal cikgu jugak yang kau nak pertikai? aku tak pernah amek port pun berapa basic gaji kau..lagi satu kau dengki sebab kelulusan aku lagi tinggi dari kelulusan kau kan?

Satu hari kau beli rumah, teres..oleh sebab lot bumi dah abes dia terpaksa beli lot international harga 200+k. maka kau bangga yang kau mampu beli sebijik rumah. ok lah tu..aku tak kesah pun kau nak beli teres ke, semi d ke banglo ke..kau pakai duit kau, bukan duit aku. kau mintak tolong aku masa kau nak pindah rumah, aku tolong. Bila aku beli rumah, kau mula tak puas hati. weii..sape suruh kau beli rumah tak survei dulu?? kau dengki kan rumah kluster aku lagi besar tapi harga lebih kurang rumah kau. bila aku cakap nanti bila aku nak pindah aku nak mintak kau tolong, kau terus bagi alasan. padahal aku tak tau lagi bila aku akan pindah. sebulan, 2 bulan lagi..kau dah siap susun alasan nak elak tolong aku. aku tak kesah. nasib kau baik..kau ada anak. pastu kau nak tayang2 anak kau kat aku..bila aku nak pegang anak kau, kau tak bagi macam aku ada penyakit tibi yang leh jangkit kat anak kau. tiap kali jumpa aku, kau mesti tanya bila nak ada anak..bila nak ada anak..ingat la wei..kau dulu tu kawin 2 tahun lebih baru dapat anak kan, aku baru setahun yang kau nak kecoh bila aku nak ada anak apesal? ape kau dulu dapat petunjuk ke bila kau nak beranak? pastu kau asek kutuk aku gemuk aku gemuk..aku gemuk sebab laki aku bagi aku makan cukup..laki kau? gaji abes wat bayar hutang sampai susu pampers anak kau pun mak mertua kau yang beli kan??

Bila kau datang rumah aku, kau asek tanya berapa harga perabot aku beli, beli kat mana, bayar cash ke ansuran..hahahaha..kau memang lawak. yang aku nak marah bila kau datang umah aku, kau nak mandi kau berkemban je kan dari bilik ke bilik air, pastu kau pakai sluar pendek..kau ni jenis perempuan murahan ke ape? mak bapak kau, laki kau tak pernah ajar ke aurat kau ngan laki aku camne? bila aku gi rumah kau, aku tak buka tudung aku, kau kata aku belagak alim..ni bukan kes belagak alim ke ape tapi aku tahu batas2 aurat...aku tak faham la apesal kau asek nak hentam aku je..aku tak pernah pun nak goda laki kau sebab laki aku lagi hensem. tapi apa2 pun aku harap kau dapat menginsafkan diri kau..kau tak datang minta maaf kat aku pun xpe..aku tak kesah asalkan kau takde lagi masuk campur hal aku..apa yang aku buat, apa yang aku beli, berapa gaji+elaun aku..oh lagi satu..kalau kau nak sambung belajar biar kelulusan kau lagi tinggi dari aku pun lantak kau lah! huuuuuu~ BODOH LAH KAU!!




Monday, May 16, 2011

Hari ini aku sebak =S

Selamat hari guru buat diri sendiri, buat Ummi, buat Abah yang banyak mengajarku erti kehidupan, guru yang tak pernah kenal erti putus asa sehingga aku berjaya sampai ke peringkat ini, buat guru2 yang pernah mendidik aku di tadika Al-Hilal, SK Zainab 1, SK Dato' Hashim 1, SMK Zainab1, SMK Kamil, di Matrikulasi Pulau Pinang, di Universiti Pendidikan Sultan Idris, di Sekolah Memandu Kota Raya, guru mengaji Ustaz Daud, rakan2 seperjuangan, rakan2 di SMKPG2 dan SMKDMYS dan semua yang bergelar guru.

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
Bangkitlah guru untuk masa depan anak2 bangsa!


Sunday, May 15, 2011

Hok molekkk..



Gua baru pulang nonton KONGSI..sebelum nonton tu macam2 la gua dengar dr member2 gua..ramai gak la kata KONGSI ni tak best n tak gempak macam promosi filem tu sebelum kluar..ada gak yang cakap KONGSI ni indah khabar dari rupa. gua tak kesah beb..gua tak heran orang nak kata apa pun janji ada Saheizy sam gua akan tengok cite tu.. (btol ke dok ejo namo dio tu) muka dia gua xtau cmne nak describe..jadi gengster boleh, jd manja2 boleh, jadi orang lurus bendul pun boleh..dalam cite ni muka samseng dia betul2 buat gua terpikat.hahaha. tak heran la dia menang Artis Paling Popular ABPBH 2010 hari tu kan..gua memang suka tengok KONGSI ni sebab gua bleh lepas rindu gua denga ore kecek Kelate. gua paling xleh tahan beb masa dia letak pistol kat bontot samseng tu ngan ayat dia (Samseng gapo dio gini cubit sikit jerit mace ponde)..tapi yang gua tak puas hati ada lawak yang sama je..contoh bila tengah serius, tetiba tersadung n jatuh tegolek..banyak kali lak since macam tu..mula2 gelak la jugak tapi dh banyak2 kali mcm dh tak kelakar. Owh lagi satu..gengster pun sahut seruan 1Malaysia wooo..jgn memain wooo..

Ada satu lagi yang gua tak puas hati pasal cerita ni ialah tang ending dia..alaaaa apsal lak ending camtu? gua ingat ending dia gempak tapi biasa je..kecewa sket la tapi gua suka..ye la..gua faham la kan kualiti filem negara kita camne..takkan nak compare KONGSI dengan fast5 kot..agak2 laa..pape pun gua kasi KONGSI 3bintang..gua tarik bintang tu sket sebab ending dia mengecewakan gua. Lu langsi lu mati...hok molekk!tapi kan..gua terpegun sket ngan preview cite KL Gengster..Kesimpulannya, Mei dan Jun memang bulan yang akan mengopakkan gua sebab Q cite best2 wooo..cam Pirates of Carribean, Transformers, Johnny English, Karak pun cam nak tgk gak..lagi KL Gengster 9 Jun ni kuar..adeiii kopak jadi kaki wayang ni.. (T_T) 

Ni ada sket sinopsis cite KONGSI kalo korang nak tau..yang xnak tgk kat wayang xpe..nnti kuar la tu kat astro first 

TUMULAK, seorang pembunuh upahan berasal dari Thailand telah diupah oleh Ketua Gangster Thailand iaitu KIMPEDU. KIMPEDU yang tamakkan kuasa dan wang, merancang untuk membunuh setiap ketua kongsi gelap di Malaysia bagi menimbulkan kekacauan diantara kumpulan kongsi gelap Melayu, Cina dan India. Ini akan memudahkan kumpulannya menyusup masuk dan menguasai kawasan pemerintahan dan perniagaan ahli kongsi gelap di Malaysia.
Segala kekecohan ini berlaku bermula di Pulau Pinang. ASP SHARIF yang bertugas di bahagian D7 kongsi gelap, judi dan maksiat bertanggungjawab di dalam kes – kes yang melibatkan ahli kongsi gelap. Setelah banyak kes pembunuhan berlaku dan berita tersebut tersebar luas. Wajah fotofit TUMULAk terpampang di poster dan televisyen sebagai orang yang paling dikehendaki di Malaysia. KIMPEDU lantas mengarahkan MAIA iaitu pembunuh upahannya yang kedua untuk memburu dan membunuh TUMULAK agar rahsia perancangannya tidak terbongkar kepada pengetahuan kumpulan kongsi gelap Malaysia dan pihak Polis.
TUMULAK diburu oleh Polis, kumpulan kongsi gelap dan seorang pembunuh upahan. Pelbagai strategi dirancang bagi meloloskan dirinya dari pihak – pihak tersebut. TUMULAK mengugut ASP SHARIF agar tidak mengganggunya. MAIA, pembunuh upahan kedua berjaya ditangkap oleh TUMULAK. TUMULAK berjaya melepasi sekatan Polis dan keluar dari Pulau Pinang menuju ke sempadan Thailand tetapi akhirnya beliau tumpas ditangan Skuad UTK Polis.
Sumber : Eh! Sempoi


*pas tengok cite ni baru aku tau Fizo Omar tu org Kelantan..patutla dia speaking kelate cair.kih3*