Drop your link here..nnti leh melawat..

Member2 blogger

My Heartbeat

Thursday, December 1, 2011

Baiklahhh..aku rimas!

Assalamualaikum..kekok woooooooo nak mengarang sbb dah lama aku xupdate blog ni..kesian dia terabai. BTW tengkiu la kat sesape yang sudi menjenguk blog aku yg xseberapa ni. Alhamdulillah..dah masuk 3 bulan kandungan aku ni. fasa loya2 muntah2 xyah cakap lah..macam nak masuk muka dalam lubang jamban. teruk jugak la dehydration especially waktu malam. tapi yang peliknya mabuk teruk aku alami masa duk kat rumah..kalau duk rumah rasa tak larat sangat2, perut rasa xsedap pastu kalau makan sikit mesti muntah. kalau kat tempat lain xde la seteruk tu..mungkin environment rumah ni xmenyelesakan bagi aku.

Gembira? mestilah gembira sebab dah lama tunggu si kecik ni muncul dalam hidup kami. tapi..kenapa ada sesetengah pihak yang menjadikan mengandung ni sesuatu yang susah?? bila aku muntah dengan teruk ada pulak mulut cakap aku jd cmtu sebab ada 'benda' duk kat tiang rumah aku..Adeii~ bukan ke memang orang ngandung kebanyakannya mengalami nausea? dah ape pulak kaitan ngan benda kat tiang?? Satu hari masa aku tengah makan kat kantin sekolah, ada seorang makhluk Allah datang tegur, "Ehh, makan kicap ke? mana boleh makan kicap..nanti anak jadi hitam" hurmm..aku belasah je lah sebab sedap. tapi ada je yang makan kicap tapi anak dia putih melepak..Bila makan sotong pun ada jugak yang tegur "Jangan makan sotong banyak2 nanti anak terbelit tali pusat. aiyakkk..sungguh aku tak sangka ada jugak yang percaya benda2 macam tu. Ikan pari xleh makan, tu xleh, ni takleh..abes ape yang boleh? sampai laki aku pun dah suh aku cancel semua oder2 plushies dgn soft toys sebab ada member dia cakap "kalau mengandung jangan menjahit, nanti masa nak bersalin jalan tak terbuka" Hurmm..sebagai isteri yang taat, aku layankan je la..semua oder aku cancel.huhuhu

yang paling tak tahan ada pulak cakap, kalau mengandung bawak paku dengan gunting ke mana pun kite pergi untuk halang gangguang makhluk halus..Hohh?? apekah?? budaya tradisi mana plak yang dia amek ni? aku ye kan je laa..tp xbuat pun. malas aku nak percaya benda karut marut tu. nak buat pape pun baik rujuk Quran dan hadis..percaya yang bukan2 kang terpesong pulak akidah..tak pasal2..btw memang ada jugak pantang larang orang dulu2 yang kita kena ikut..ada logiknya macam xleh aniaya haiwan (x ngandung pn xleh aniaya haiwan) , bila cakap jgn celupar, teh ngn kopi xleh minum tp mak mertua aku hidang je teh kat aku..memang xterusik la jawabnye.haha.

Kesimpulannya : Tengok perhimpunan agung UMNO buat aku mabuk lg teruk..bluwekkkkkkkk!


               



Friday, October 14, 2011

Pesan abah

Rasa rindu menyelubungi benakku. Lantas aku capai telefon di atas meja..suara abah kedengaran di hujung talian.  aku menyatakan tentang kehamilan aku pada abah..ternyata, abah sangat gembira. banyak tips yang diberikan pada aku. "kalau ada, minum sup burung merpati. kata abah, sup burung merpati boleh menguatkan memori dan anak yang bakal lahir akan petah bercakap..mana tahu suatu hari nanti dia bakal jadi pemimpin. Dalam Hadis Rasulullah S.A.W pun ada menyatakan khasiat burung merpati ni. khasiat lain burung merpati boleh menyembuhkan penyakit lumpuh, melembutkan suara, meperbaiki sistem pengaliran darah dan melegakan kebas badan..Hoho..mana nak cari burung merpati area Pontian ni..burung gagak banyak ler..aiyakkk..HARAM!
bird
Pesan abah lagi.."jangan stress, banyakkan baca quran, banyakkan berdoa, jangan angkat benda2 berat, masa berjalan hati2 jangan sampai tersepak benda2, jangan sampai tersadung, kasut yang tinggi2 tu toksah pakai, pakai yang rendah-rendah je. amalkan minum susu,  makan kurma," 

Sabda Rasulullah S.A.W : "Berilah makan kurma pada wanita hamil sebelum dia melahirkan, nescaya anak yang bakal dilahirkan menjadi anak yang penyabar, sopan santun dan cerdas pemikirannya"

semasa memberi pesanan aku dengar ada getar dihujung suaranya..membuatkan air mata aku bergenang. andainya dia ada dihadapanku, pasti serta merta aku akan peluk abah. "Abah doakan kesejahteraan anak-anak abah, I miss you" kata abah mengakhiri perbualan..TERIMA KASIH ABAH :')


               

Thursday, October 13, 2011

Tak henti tersenyum

Dulu sebelum kawen berat aku 53 kg. setahun lebih selepas aku kahwin berat aku naik 12kg. gile banyak..hasil pemakanan tak hengat dunia aku berjaya mengembangkan badan dengan jayanya. menstruasi aku kacau. ada satu ketika sampai 3 bulan aku tak datang bulan menyababkan jiwa aku stress. setahun lebih kami melayari bahtera rumah tangga, kami belum dikurniakan anak. masuk setahun tahun 2011 aku tekad untuk berjumpa doktor klinik keluarga. doktor mengesyorkan aku makan MERCILON..aku berjaya mendatang bulankan diri. dua kotak aku menghabiskan MERCILON a.k.a hormon buatan pastu aku stop..pastu doc kasi makan CHLOMID, 2 kali jugak aku makan CHLOMID ni pun takde menunjukkan tanda2 yang aku mengandung. aku hampir2 give up..doktor pernah cakap, "turunkan berat badan kalau nak mengandung" sebab dia kata selagi hormon aku tak stabil, memang susah peluang untuk mengandung. aku cuba pelbagai produk untuk menurunkan berat badan aku..antaranya LEPTIN, BIODEX, COCOA COLAGEN, LITE TEA .orang kata BIODEX tu bagus untuk mengandung tapi mahal, aku tak mampu. ada jugak la terjejas 2-3 kg pastu naik balik. doc marah aku sebab aku tak serius turunkan berat aku. lepas dia marah, aku tak lagi mengunjungi klinik itu sedangkan doktor suruh aku pegi ikut jadual yang dia dah bagi..supaya dia bleh pantau aku tapi aku degil..malas ahh jauh klinik tu ramai orang plak tu.tak beruban lak nk tunggu jumpa doc. 


penghujung Jun aku terbuka hati menggoogle tentang tips hamil untuk orang macam aku ni (orang period xteratur sbb kenaikan berat badan mendadak) aku terjumpa satu artikel tentang khasiat EPO (Evening Primerose Oil) setelah memahami khasiatnya, aku terus mendapatkan pek 3 botol di WATSON murah je..RM80+ untuk 3 botol besar brand KORDEL. 3 botol tu tahan 3 bulan..tetiap hari aku amalkan makan EPO sehari 3 biji dari first day period sampai hari dekat2 waktu subur dan sambung balik 1st day  period pada bulan berikutnya.. sebab EPO ni boleh menyebabkan keguguran kalau mengandung..jangan makan EPO kalau mengandung ye . lepas tu aku makan ASID FOLIK  sebiji setiap malam dan VITAMIN E 400 ui sebiji setiap pagi. member aku jugak sunggest aku minum ANMUM MATERNA sebab kandungan anmum materna tu bagus untuk uterus. ada folat jugak. jadi aku minum segelas setiap pagi dan segelas sebelum tidur, aku bukan peminat susu tapi aku cuba jugak ANMUM MATERNA COKLAT..ok la rasa dia ala2 milo gitu. 3 bulan aku amalkan makan sume benda tu tanpa miss..ye aku serius untuk mengandung.Julai, Ogos, September..Alhamdulillah period aku teratur dengan jayanya..kalau beza pun dalam sehari dua. Masuk Oktober aku pelik, kenapa period aku kacau lagi..tak datang pulak..aku beli pregnancy test tapi takut nak cek sebab aku dh beberapa kali terkecewa dengan keputusan satu garis. sehari, dua hari, tiga hari..satu pagi yang hening aku terbuka hati untuk test..ternyata keputusannya membuat aku dan suamiku tak henti tersenyum.


ALHAMDULILLAH..syukur Ya Allah




 Apsal ade 2? sebab aku tak puas hati 1st test tu. so aku gi beli lagi satu.. :) so, sape kata orang gemuk takleh mengandung?? stabilkan hormon anda, amalkan bacaan Yasin setiap malam, mintalah doa daripada-Nya..IsyaAllah..DIA MAHA MENDENGAR..aku sekadar berkongsi pengalaman sebab aku nak kongsi kegembiraan aku dengan semua..tak salah kita usaha kan.. :)



               

Tuesday, September 13, 2011

Dari bakar membakar ke jahit menjahit pulak..

Wauauauauaaaaawwwwwwwwwww lama nyeeee tak update blog aku ni..cian die diabaikan..

Skang ni stop jap amek oder buat kek..sebab oven buat hal..ampunkan saya penunggu gua! malas nak repair, malas nak beli baru (actually nk kumpul duit beli oven yg baekkk punye) . beralih plak la kt benda comel momel ni..tak sangka plak sambutan sangat menggalakkan..susah gak nak carik bahan kat pontian ni. bila gi kedai tanya ada jual kain felt x, mereka buat muka heran dan berkata "Kain felt? tak pernah dengar pun.." haha sangat kesian mereka itu x kenal kain felt sedangkan kain felt sgt cepat sold out skang ni..Oke..malas nak tulis panjang2 sebab banyak lg benda alah ni aku kena siapkan..nak? kalo nak, oder la..hihihihihihi.














               





Tuesday, August 23, 2011

Time changed


in a  class:

Student: teacher, boring lah...
Teacher: Boring? what do u mean boring?
Student: sleepy...
Teacher: if u are bored..if u r sleepy..why don't u just go home and sleep.

the teacher passed the handouts around.the class was so noisy.. she briefly explained the task..
Teacher: keep that as your homework

student: alaa nak buat bile?
Teacher: buatlah thn dpn pon.kalo xnak buat pon xpe.cikgu xpe,cikgu dah pandai..x pyh buat.
                tetiba rasa hilang mood nak ngajar...
Student: Tau xpe...

the teacher took all her things on the table and left.class silent.....

**i knew everyone was tired since this is the fasting month.and i knew u had class before my class.. when i entered the class at 5.40 pm, there were only 7 of you there.. i waited till everybody turned up.

i was tired too..  i was highly motivated to attend the class and share those things i had in mind. i dealt with the photocopy machine before i went to ur class because there were papers stucked in there. and i didn't go to photocopy shop to make copies for you because i want to provide them free for u.it was ok coz i believe it is my obligation to provide u with the handouts..to ease u people. i never mad at you eventhough u asked silly questions repeatedly, i never scold u for giving me stupid answers to my questions.. i never felt tired to explain simplest things to you again and again..i felt pity when u spelled "masyarakat" as "masykat", "personifikasi" as "persokafinasi". i never laughed at you when u spelt durian as durin, duran....

i never pissed off when each time i asked for volunteer, nobody wanted to become one.i called names but you refused to answer.. i give you time to finish your work but you never did.u said u understand every single thing taught in the class but when i asked u to explain to the class..u could not. u never tried to speak up and i never lost my temper...

when i was a student, i begged the teachers to give me extra work so that i would have better grades... i never said a word though the class was killing me.. i sat still till the end of the class though the teachers glued his butt on the chair while teaching. i never complained whenever i had to buy books that costed me a lot...i made copies of notes on my own.. i  redo my assignments so many times... and those are the sweetness of being a student...

time changed.......