Drop your link here..nnti leh melawat..

Member2 blogger

My Heartbeat

Tuesday, May 31, 2011

Budaya dan tradisi yang BULLSHIT..kasihan kaum Adam


Aku sempat menjejakkan kaki di satu majlis perkahwinan member aku di Johor. cuti2 sekolah ni berderet2 kad jemputan aku terima. Honestly, aku bukan berminat sangat nak menghadiri majlis kahwin ni. Mak mertua aku selalu je ajak aku gi majlis2 kahwin ni tapi selalu jugak aku cari alasan supaya aku tak terjebak dengan majlis2 kahwin ni. Bukan apa, aku hairan, kenapa majlis yang dibuat tersangatlah grand sehinggakan berpuluh2 ribu habis dibelanjakan, at last, tetamu yang dijemput pulak yang kena bayar semasa salam kaup. aku pun xtahu betul ke tak istilah aku guna tu..Salam Kaup! semasa salam dgn tuan rumah (biasanya time nak balik) tuan rumah akan pastikan salam tu ada isi..pernah skali masa first time aku menghadiri majlis perkahwinan di Johor, aku xtahu la pulak adanya budaya salam kaup bagai..lepas dah kenyang, dengan selamba badaknya aku nak balik, salam je la dgn tuan rumah..dia siap cakap.."aii kosong je?" aku blur..pastu aku wat muka selamba badak lagi dan blah dari situ dengan satu persoalan..apa maksud tuan rumah dengan pernyataan "Aii..kosong je?" dan aku tanya la laki aku apesal dia cakap camtu. laki aku bleh plak gelak terbahak2 menambahkan lagi kebluran aku..lepas dia jelaskan semua barulah aku faham..dia kata kalau pegi suami isteri, suami salam dengan bapak pengantin..bukan salam kosong, salam kena ada isi dan si isteri salam berisi dengan mak pengantin. adeiii..mak bapak pengantin standby untuk mengaup isi semasa bersalam tu. dan sebenarnya bertambah pelik di kepala otak aku ni. biasa kat Kelantan kalau ada majlis ape2 mana ada kena kasi duit. Majlis kesyukuran pegi makan je la pastu kasi adiah sket2 kalo member2 rapat punya majlis.kalau xbrapa nak rapat bagi la susu ke gula ke kalo rasa nak bagi..kalau muka jenis selamba tu pegi semata2 untuk makan...salam2 pengantin dan balik dengan kekenyangan. 

Apa motif buat kenduri kahwin? nak jadi beggar? Bukanke tujuan kenduri kahwin tu untuk memberitahu masyarakat yang pasangan pengantin tu dah kahwin dan sekaligus untuk mengelakkan fitnah bukannya meminta2 duit orang. kalau tetamu memang ikhlas nak bagi duit, ok la..bukannya tetamu WAJIB bagi duit. tu pun kalau kasi RM5 buat pandangan serong..kasi RM2 lagi la berserong senget pandangannya. kenduri kahwin tu jugak tanda kesyukuran yang pasangan pengantin dah selamat menjadi suami isteri yang sah..tandanya kita bersyukur.kalau bersyukur, apa salahnya belanja jiran tetangga, saudara-mara, sahabat handai makan kenduri secara percuma? kenapa pulak kita tunjuk kita bersyukur tapi nak mintak2 duit orang? pelik la akuu! sape yang buat budaya pelik ni ek?? Ok..jauh betul aku menyimpang dari pendahuluan aku tadi..hahaha..masa aku sampai kat rumah member aku tu, kebetulan masa aku sampai tu, rombongan pengantin lelaki pun baru je sampai. klepak klepak klepuk klepuk bunyi kompang ngan selawat. sampai di pintu gerbang yang dihias cantik, rombongan pengantin lelaki disekat. Kena pulak jawab pantun..pantun tu tak kisah la kan..fun la jugak bila tengok pihak pengantin lelaki terkulat2 nak jawab pantun. tapi yang menambahkan lagi kepelikan, bila aku dengar mak andam jerit "Tol tol!" hahaha aku ingat kat highway je ada tol.rupanya kat kenduri kahwin pun ada tol wa cakap lu!

Seterusnya, majlis nak grand2, hantaran kalau lepasan SPM pun dah cecah 10K. taknak kalah ngan anak jiran sebelah rumah. kalau total semua sekali tak gigil lak pengantin lelaki nak keluar bajet. tambah lak gaji pengantin lelaki ibarat air paras hidung. habis motor, tanah mak dia dia gadai semata2 nak kahwin ngan gadis pujaan yang demand nak mampos. bak kata Ustaz Azhar Idrus, kalau nak mintak hantaran 10K takpe, janji Al-Quran semua juzuk ingat kat kepala, jahit semua fesyen baju dia pandai, masak semua jenis masakan dia tahu, sopan santun, taat..baru lah berbaloi hantaran 10K. lebih dari tu pun berbaloi2. ni tak..masak nasik pun xbrapa nak pandai, goreng ikan pun putus kepala..campur semua sekali hantaran dengan majlis dalam 50K..dah hangus 50K ada hati lagi nak mintak tol..tol kepala bapak kau. tak terfikir ke orang yang menyanjungi budaya dan tradisi yang mengarut ni bahawa selepas sahaja si pengantin lelaki jawab "Aku terima nikahnya..bla..bla.." maknanya semua bebanan yang bapak pengantin perempuan tu tanggung dah selepuk jatuh kat bahu dia. tak cukup ke nak menantu tu bela anak dia yang degil, kuat melawan, malas..segala macam mak nenek yang dia sendiri tak sanggup nak tanggung. ditambah pulak bebanan kewangan masa nak buat majlis. Tak terfikir ke impak selepas anak dia dah bergelar isteri menantu dia tu? kalau dah gaji semua abes nak bayar hutang kawin, camne nak tanggung anak dia lepas tu? adeiii...bukak sikit otak tu. kalau menantu tu gila baban kaya duit melimpah2 tak kesah la.Oh..ok..dah malas nak sambung lagi..sebab kepelikan melanda benak fikiran aku.babai~

Ohh beggar2 sekalian, insaflah pengantin lelaki sedang menggigil melihat duitnya mengalir selaju air mengalir
[sumber : google]

**1st time aku dengar parents bakal pengantin perempuan letak duit hantaran anak dia yang alim, sopan santun, pandai menjahit, sebanyak RM3k (tu akak ipar aku skang ni). ada lg tak parents yang macam tu skarang ni ek??


               


Saturday, May 28, 2011

Gilo apo?? adeiii~


Rasanya mandi dah seminimum mungkin, basuh pinggan pun malam je sebab malam je guna pinggan, basuh baju 2 kali je seminggu. weiiii tak logik la bil air umah aku sampai sebegini rupa..rasanya takde plak aku bukak carwash blakang rumah..mengalahkan bil air kedai makan la plak...tekejut beruk mat yeh aku tengok bil air bulan ni..bil bulan lepas elok je RM8 alih2 bulan ni mendadak gila babi..apejadahnya semua ini?? bila disiasat rupanya ada kebocoran paip kat blakang rumah yang tak diperasani sebab paip tu kat dalam dinding..nampak air meleleh kat dinding tu..konfom! itulah penyebab bil air rumah aku melambung..bukan sebab aku selalu mandi wajib..no no noooo..jgn pikir bukan2. dan ni jugaklah salah satu sebab kenapa kakitangan kerajaan taknak duk kat kuarters kerajaan..mana pegi duit sewa kami bayar bulan2??? maintanance pun kena pandai2 sendiri, rosak siling, repair sendiri..wiring problem, baiki sendiri..paip bocor, handle sendiri..duit?? of course la duit sendiri..gilo apo kerajaan neh?? rumah kerajaan bukan main banyak dibina tetapi jadi rumah tinggal, jadi sarang penagih, jadi tempat maksiat..sebab apa? sebab orang dah tak kuasa nak duduk..takde penyelenggaraan. pastu duk kalut kalo kes penagihan, maksiat meningkat..dah disediakan port, memangla golongan mat pet ngn bohsia bohjan ni akan menggunakan seoptimum mungkin. blok aku pun ada 8 rumah, 2 je yang boleh diduduki..yang lain dah rupa sarang pontianak pun ada.sape yang nak duduk kalau duit melayang begitu saja untuk menyelenggara rumah yang bukan hak sendiri. kalau rumah sendiri lain laaaaaaaaaaaa..kalau duk umah sewa kat luar pun, rumah rosak ke ape, tuan rumah yang handle, kita duduk bayar sewa je. keselamatan xyah duk cerita la kalau area sini dah berpuluh kali kena pecah masuk..guard? hahaha pondok ada la wat hiasan. apsal aku gatal nak duk kuarters? sebab area sini ramai cina.kawasan perumahan dipenuhi anjing, nak sewa pun owner cina, melayu semua dah penuh..kalo owner dah cina was was la plak nak duk.kut bela anjing ke ape..owww dah jauh bebenor aku menyimpang.asalnya bil air je.wakakaka..ni salah satu sebab gaji bulan2 tinggal negatif..sob sob sob sob (T_T) adeiii!


               



Friday, May 27, 2011

Sila jangan jeles

dengan ini aku umumkan..

CUTI SEKOLAH SUDAH BERMULA!!! 

YEEEEHAAAAAAAAAAAAAAA~

akan tetapi..disebalik cuti dua minggu itu berderet kerja menanti. antaranya, tanda kertas periksa berkelas kelas, buat analisis item, ada Pasak Cuti apejadah nya hari Selasa ni di mana aku berani potong kuku kalau student yg datang bilangannya tak sampai separuh pun. mesti ada yang cakap "sungguh tak matang cikgu ini" lepas baca post aku.haha..lantaklah..aku tetap nak kata

YAHUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU

SELAMAT BERCUTI KEPADA PARA PELAJAR DAN GURU-GURU SEKALIAN.

p/s : Aku harap di masa depan takde keluar pekeliling yang mintak cikgu bekerja sepanjang cuti persekolahan. sila jangan berhasad dengki oke!



               

Ganas tetapi nikmat (ni bukan post 18sx)

Whoaaaaaaaaaaaaa memang tergoda tahap gaban bila aku balik sekolah dan melalui satu bahagian jalan yang sangat menggoda sanubari aku..kalau tingkap bukak memang gerenti bau itu menusuk kalbu..bau yang sangat mengganggu fokus aku..adeiiiiii..i'm addicted to you la Durian..yesss you!! DURIAN..Jom kita kenali jenis2 durian yang ada di atas muka bumi ini..



Bagaimana untuk mengenal pasti durian yang terbaik dari ladang? 
Ni ada aku kasi sket step yang perlu diambil bila nak beli Durian: 

1.        
Tengok bahagian atas durian tu, yang kat bahagian tangkai tu pastikan tak kering sangat..tekan2 sket pun xpe..kalau kering sangat maknanya durian tu tak fresh. kalau kering sikit2 tu ok lagi. 

2.        
Tengok plak kat bahagian bawah durian tu. kalau merekah maknanya durian tu dah terlebih masak dan tak segar sangat tapi masih lagi sedap. 

3.        
Hidu bau durian tu. Kalau bau kuat maknanya durian tu dalam keadaan baik tapi kalau takde bau maknanya belum masak. 

4.        
Guna jari untuk jentik durian tu..kalau bunyi cam berongga maka durian tu bagus. 

5.      
Goncangkan durian tu dan dengar bebaik..agak2 ada bunyi cam isi tu bergerak2 maka durian itu bagus. 

6.        
Perhatikan kalau2 ada lubang ke kat badan durian tu sebab ulat2 atau larva serangga ada tertanam dalam badan durian tu..kalau ada lubang, cari la durian lain.
 
7.        
kalau susah2 sangat belah dan rasa je isi durian tu..barula bleh tahu betul2 sedap ke tak..betul2 bagus ke tak. 

Alat-alat membuka durian (buka ek??) hahaha
 
Ada beberapa alat untuk 'membuka' durian. kadang2 kalau tak pro bukak durian ni bleh jadi satu proses yang susah..ni ada beberapa alat yang korang bleh guna untuk 'buka' durian itu..

1.        
Gunakan pisau yang pendek, pisau yang besau sket dari pisau lipat swiss army tu. 
2.        
UGunakan pisau yang besar tu..yang orang panggil chopper..agak2 susah kau chop chop je durian tu anggap durian tu macam orang yang kau tak suka.haiiiiyakkk! 
3.        
Kalau durian yang dah merekah, guna jari pun boleh 
4.        
Gunakan alat pembuka durian yang ada dijual di mana2 kedai hardware.. 
5.        
Guna gergaji..kakakaka..kau gergaji je kulit durian tu kalau susah sangat dia nak membuka dirinya.

Setakat ni saja tips tentang durian yang aku leh kongsi dengan korang..akhir kata, Selamat Makan Durian..yummyyyy~


               

Thursday, May 26, 2011

Top 15 cara meniru untuk dapat markah cemerlang


Kengkawan sekalian..bayangkan anda menjadi seorang cikgu dan melihat anak2 murid anda meniru dalam peperiksaan dengan cara yang tidaklah terlalu obvious..apakah yang anda akan lakukan?

A) Menangkap mereka yang meniru dan dengan bangganya menyerahkan pelajar itu kepada guru disiplin
B) Membiarkan mereka meniru asalkan tidak menganggu gugat ketenteraman orang lain dan masih bawah kawalan.
C) Lalu disebelah pelajar yang meniru tu dan keluarkan ayat ini " korang ingat cikgu xtahu ke korang meniru..cikgu dulu pun selalu meniru macam korang"

Dan aku selalu pilih B. tapi kalau agak2 melampau sangat sampai bawak masuk buku teks letak bawah meja tu memang la patut memilih jawapan A dan lepas tu ajarkan dia tips meniru dengan bijak agar dia tidak tertangkap lagi di lain masa. Kalau pilih C memang nak mampos la..kantoi la..nanti bila anak2 murid meniru dan kita marah dia mesti ayat ni lak akan kluar dari mulut dorang "Ala..cikgu pun dulu suka meniru jugak, bagila kami peluang plak" konfom! dan ketika itu korang hanya mampu menganga. Kamon la..dulu masa zaman sekolah, zaman matriks, zaman kat U takkan la sekalipun tak pernah meniru atau terjebak dalam cubaan meniru dalam peperiksaan..melainkan memang dilahirkan jujur sejujur jujurnya sampai sanggup mendapat keputusan yang teruk daripada meniru. 

Lecturer aku pernah berkata : "Orang yang ada peluang meniru tapi tak meniru dalam peperiksaan tu memang bodoh melainkan otak dia genius gila sampai boleh serap every single thing yang dia belajar dalam kuliah/kelas, tetapi, orang yang ada peluang meniru dan dia meniru tetapi terkantoi adalah lebih bodoh" see..aku berani potong kuku sambil berkata, lecturer aku dulu pun mesti kaki meniru jugak. Tiru meniru ni memang dah jadi perkara normal dalam masyarakat. Negara Jepun pun buat kereta Honda la Toyota la..sume tu tiru jugak..dorang tiru teknologi orang putih. pape pun aku tetap tak mampu beli kereta buatan Jepun lagikan kereta buatan orang putih. orang kata la..hasil dari meniru ni lebih better dari hasil orang yang ditiru..dan jangan marah jika dalam exam, korang bagi member korang tiru tapi markah dia lagi tinggi dari korang!

Ok2..sebenarnya aku nak kasi tips meniru untuk sesiapa yang masih blur cara peniruan yang berisiko rendah untuk kena tangkap. dan cara2 ni la antara cara yang aku selalu guna untuk meniru dalam exam. :)


#1: Guna kuku tangan (fingernail)

Tulis maklumat menggunakan pensil di kuku. Kalau cikgu datang nak tengok, cepat-cepat padam. tapi cara ni aku tak pernah cuba sebab kuku aku kecik je..nak tulis pun xbrapa nak muat.

#2: Guna mechanical pencil atau pen

Cara ni mesti guna mechanical pencil dan pen yang transparent supaya boleh masukkan kertas dalam tube pencil dan pen ni. Dah masukkan kertas bertulis nota atau formula tu, tutup balik cam biasa. Masa exam, boleh tiru dengan selesanya. 

#3: Guna kalkulator saintifik

Cara ini memang popular. Selitkan nota kecil menggantikan kertas yang memang sedia ada di bahagian penutup kalkulator tu. Honestly cara ni lah yang paling aku suka buat. tapi aku tak selitkan kertas, aku tulis formula kat penutup @ badan kalkulator guna pensil..agak2 nak terkantoi tu gosokkan je pakai jari tulisan kat tutup kalkulator gerenti hilang..cari ni paling senang nak hapuskan bukti.


#4: Tengok kertas student lain

Cara ni paling senang. Buat-buat lenguh leher, pastu buat-buat cracking neck. Sambil tu, jeling-jeling jawapan kawan sebelah. Kalau buat selalu sangat, memang wajib ada yang kena ketuk plak kat kepala..haha..one more thing pastikan jiran sebelah tu bijak..kalo tak bijak xguna jugak tiru. elok2 jawapan dan betul, tengok kawan sebelah wat jawapan lain pastu tiru dia..terus salah, padan muka!

#5: Guna penutup pen

Lebih banyak pen yang ada penutup, lebih bagus! Nota penting diselit dalam penutup pen dan tutup pen macam biasa. Bila perlu, ambil la nota dalam penutup pen tu. Tapi jangan buat banyak kali, nanti kantoi.

#6: Tulis di atas meja

Yang ni pun popular. Tulis nota atau formula atas meja. Cikgu takkan asyik nak check meja je kan. lagipun kat meja tu macam2 seni penulisan ada, dari ayat jiwang sampai ayat "Kami belia benci cinta" wakakakakakaka! tulis la kecik2 je xyah nak gelojoh sangat. If kantoi, cakap la bukan sendiri yang tulis.

#7: Guna pemadam

Potong pemadam menggunakan pisau tapi jangan sampai putus, potong separuh je. Tulis nota di tempat yang dipotong tadi. Lepas tu, biarkan pemadam tu kembali macam keadaan asal. Bila nak tengok nota tu, bengkokkan sedikit pemadam tu dan boleh lah meniru dengan bijaknya.

#8: Tulis di lanyard

Kebanyakan sekolah sekarang ni mempunyai kad matriks yang dipakai bersama landyard. Nota atau formula di tulis pada landyard dan dipakai semasa peperiksaan. Kemudian jeling-jeling sket nota dan formula yang ditulis semasa peperiksaan.

#9: Guna MP3 player

Yang ini mungkin digunakan oleh mereka yang bertudung. Nota dirakam dalam format mp3 dan dimasukkan ke dalam mp3 player. Boleh dengar nota yang dirakam semasa menjawab peperiksaan. Tapi volume tu takyah la over sangat cam kat pusat karok plak.

#10: Label botol minuman

Ini memang agak popular di negara barat. Caranya label botol minuman ditanggalkan dan di’scan’. Selepas tu, digantikan maklumat label di botol tu dengan nota dan formula. Label dicetak dan ditampalkan semula di botol minuman. Tapi di Malaysia, selalunya pelajar diarahkan meletakkan botol minuman di lantai sebelah meja mereka. jadi susah sket cara ni.

#11: Label botol minuman 2

Cara menggunakan label botol minuman yang kedua ni lebih mudah. Untuk ini mesti menggunakan botol transparent. Label botol minuman ditanggalkan dan bahagian belakang label ditulis dengan nota atau formula. Kemudian label dilekatkan semula pada botol.  Kalau tengok, memang boleh nampak tulisan belakang label tu sebab botol tu transparent.

#12: Guna tisu atau sapu tangan

Tisu dan sapu tangan ni merupakan medium yang paling senang nak guna masa exam. Sedikit nota atau formula ditulis pada tisu dan sapu tangan tu dan digunakan untuk lap apa-apa yang patut masa peperiksaan. Bila nak tengok balik nota tu, buat-buat la lipat sapu tangan tu. So, boleh check if ada yang bawa sapu tangan semasa peperiksaan.

#13: Cikgu, nak pergi toilet..

Okay, yang ini memang cara paling selesa untuk meniru. Jangan terkejut kalau ada yang jumpa nota di toilet semasa musim peperiksaan. nak tuduh sape kalau dah student ada beratus2 kat skolah..yang penting janganlah sengal pegi tulis nama kat buku tu dan limit 2 kali je gi toilet, kalo banyak2 kali mesti la orang syak melainkan reti belakon seolah2 diserang cirit.

#14: Tulisan braille buatan sendiri

Ini bukan untuk pelajar kurang upaya tapi merupakan salah satu cara untuk meniru. Caranya dua kertas diletakkan bertindih dan nota atau formula ditulis dengan menekan kuat masa  pada kertas bahagian atas. Bawa kertas yang di bawah tu semasa peperiksaan sebagai alas jawapan. Memang nampak kosong tapi sebenarnya boleh nampak formula yang ditulis tadi. Macam tulisan braille lak kan..

#15: Guna getah lebar

Cara ni dilakukan dengan meregangkan getah tu dan menulis nota atau formula atas getah yang diregangkan tu. Bila siap tulis, getah dilepaskan ke keadaan asal. Memang tak nampak apa-apa nota pun bila dah dilepaskan.

tengok gambar kat atas ni baru aku terfikir kenapa student U esp IPTS suka pakai seksi2..ooooooooo sebab ni rupanya.waakakaka

Selama mencuba adik2..ingat..kalau ada peluang meniru dan anda meniru tetapi tertangkap anda lebih bodoh daripada orang yang ada peluang meniru tetapi tak meniru..atau dengan bahasa sopannya tak bernasib baik. Kesimpulannya, nak masuk exam tu study la jugak, bukan masuk dengan kepala otak blank terus dan hanya bergantung 100% kepada proses peniruan.memang tak patut!