Drop your link here..nnti leh melawat..

Member2 blogger

My Heartbeat

Tuesday, October 27, 2009

Tolong aku Doktor Ramli!!

Masa lapang yang panjang..aku menggeledah almari pakaian yg terletak di sudut bilikku. Satu persatu pakaian aku keluarkan. termenung aku sendiri bila aku melihat sehelai seluar slek berwarna hitam..satu ketika dulu, seluar itulah yg menjadi seluar kegemaranku. kini, seluar itu hanya memenuhi ruang almari. Kucapai baju Padini berwarna hijau lalu kupadankan ke tubuhku..sedih..baju itu juga pernah mnjadi baju kegemaranku.tapi... :(

Satu persatu baju dibelek..hitam, coklat, putih..hurm..aku hanya mampu mengimbas kembali saat2 manis baju2 berkenaan muat ditubuhku. Termenung sejenak memikirkan nasib diri.nasib yg sengaja ditempah.Walau hati semakin risau, tapi tiada kesedaran. Nafsu semakin memuncak..menunjukkan belang sebenar yang selama ini bersembunyi. Pantang melihat makanan pasti akan aku sapu hgga licin. Sesungguhnya..aku sudah tidak tahan lagi berkeadaan sebegini.

Masa semakin suntuk..tak mungkin dapat aku hentikan. dengan berbekalkan azam dan 2 produk aku akan cuba..cuba dan cuba. semoga aku berjaya menjadi seperti dulu..AMIN :)










Tuesday, September 15, 2009

Cikgu..UFO tu wujud!!!

It's time..
relief di 3P3..
Ahhhh..bosan!!
3P3..kelas yg menghororkan semua cikgu yang pernah masuk ke kelas tu..
But..i have to go to that class..
yeah..mereka dahagakan perhatian dari ckgu2..
even mereka nakal, degil, keras kepala..bla..bla..bla
"Cikgu..bagi kami ckgu la satu-satunya ckgu yg rajin masuk kelas kami"-Danial
"Cikgu..penat la..mcm nak buke puasa je"-Afiq
"wei..mana kasut aku??sape sorok mmg sial"-jerit Puteri
"Cikgu..UFO tu mmg wujud kan??"-tanya Jamal
"Ntah..sy xpecaya la"-aku balas
"Ape la cikgu ni..dalam buku ni bgtau ade..ade org jumpa kapal angkasa ngan bangkai alien"-tegas Jamal
"Ala..tipu je tu..stakat kapal angkasa org boleh buat..bangkai elien tu tipu je"-jawabku lg
"Cikgu ni..kalau ckgu xpecaya esok sy bawa buku pasal elien.."-Jamal
"Emm..Jamal..dlm Quran Allah ckp psl jin dgn syaitan dan malaikat..xde sebut pun pasal elien?"-aku bersyarah
"Ish cikgu ni degil la..dh la..malas nak layan"-Jamal merajuk
Kringgg...loceng berbunyi
Kuambil beg tangan dan buku dan melangkah keluar kelas
"Cikguuuuuuuuuuuuuuuuuuu..UFO tu memang wujudlaaaaaaaa..esok ckgu masuk kelas sy tnjukkan buku tu kat ckgu" Jamal menjerit
Aku hanya tersenyum melihat kesungguhan Jamal mempertahankan kewujudan UFO
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Sekitar 7.30 malam..telefon berbunyi
"Ckgu..tolong sy ckgu..bawak sy g hospital Wakaf" -suara Danial d talian
"Nak buat ape?sy br lepas buke ni..solat pun belum"-jawabku
"Cikgu solat cepat ckgu..ada kecemasan..Jamal kemalangan"-Danial cemas
"Ha??teruk ke?"-aku sedikit terkejut
"Saya smpai umah ckgu kul 800 ek"-Danial terus mematikan talian
~8.00 malam~
"Cikgu..sy kat Balai bomba..sy tggu kat situ ek"-Danial d talian
"OK"-jawabku ringkas
"Ckgu.."-Danial tunduk..suaranya bergetar
"Ye..knape?"-tanyaku
"Jamal cikgu..Jamal dh xde."-kata Danial perlahan
"........"-aku terkedu
serta merta suara Jamal terngiang2 dalam ingatan aku..
"Cikguuuuuuuuuuuuuuuuuuu..UFO tu memang wujudlaaaaaaaa..esok ckgu masuk kelas sy tnjukkan buku tu kat ckgu"
Esok??cikgu tunggu Jamal esok bawak buku tu..ye cikgu tunggu..
tapi............
Takziah kepada keluarga Jamaluddin bin Latif
pelajar 3P3 yg meninggal dunia
15 September 2009
Al Fatihah....

Tuesday, September 1, 2009

Jalan2 di bulan pose

Arrived at Larkin around 9pm
All the way from Kota Bharu..kelate
Abg was there waiting for me :)
then dgn muka xmalu, mandi2 n lepak2 umah Abg
tp bosan..pastu kuar g econsave..haha langsung xromentik tmpat dating
btw..sempat sambar sehelai sluar d Econsave :)
then balik umah abg..lepak lg..dan bosan lagi..
tetiba abg ajak gi somewhere..
jeng..jeng..jeng

Yeah..kami ke hutan paya
penat..snggah amek gbr jap.huhuks
nmpak blakang tu..hutan kan kan kan..hehehehe

and..kami memang poyo.hahaha
ni gmbar di puncak menara kayu

dr mula ke tmpat ni jarak die 623meter
penat woo jalan2 bulan posa lak tu
tup tup smpai lak kat hujung Selatan Tanah Besar Asia.

Yeay..tahniah! tahniah!
anda skarang berad di penghujung selatan tanah besar asia

Buenos Aires 16438km
Jakarta 900km
Cape Town 5637km
Bangkok 1417km
Hong Kong 4043km
Beijing 4474km
Seoul 4684km

yg len2 xnmpak nak baca.hehehe

Eh..aku bukan kat Pulau Karimon Indon..
Aku still dlm Malaysia.
Aku katne??
Aku kat penghujung Selatan Tanah Besar Asia
Tempat ni nama nya ...

jeng! jeng! jeng!

SELAMAT DATANG KE TANJUNG PIAI
THE SOUTHERN TIP OF MAINLAND ASIA

I LIKE IT!!






Thursday, August 13, 2009

Ragam SMKPG2

Sepanjang 10-14 Ogos merupakan giliranku menjadi guru bertugas bersama Cik Rathika.13 Ogos mencatat sejarah dengan aduan kes terbanyak sepanjang seminggu aku bertugas.

Kes 1 :

Kehilangan beg sekolah.

~ Najmuddin kehilangan beg sekolah..bila disiasat rupa-rupanya beg sekolah Najmuddin telah disorok oleh Luqman Hakim iaitu dicampak ke koridor tingkat 2. Cikgu Sharan meminta Firdaus mengambil beg berkenaan selepas Cikgu Sharan gagal memujuk Luqman Hakim supaya mengambil beg Najmuddin. Kemudian pelajar2 2KT1 ke bengkel untuk mata pelajaran Kemahiran Hidup. Setelah tamat, mereka kembali ke kelas dan Firdaus mendapati begnya pula hilang. Puas dicari sekeliling sekolah tetapi tidak dapat dikesan. Jam 645 petang tiba2 beg itu ada di tempat duduk Firdaus. Saspek utama xlain xbukan ialah Luqman Hakim..guru2 berkata pelajar ini adalah pewaris saka..tapi..tiada bukti untuk mengesahkannya. Mungkinkah saka Luqman Hakim yg menyorokkan beg Firdaus??


Kes 2 :

Demam dan mahu pulang ke rumah

~ Nur Hazira(2KT1) dan Paul Raj(2KT2) mengalami demam dan batuk2. Aku meminta mereka mengisi borang balik akan tetapi kedua2 ibu bapa mereka tidak dapat datang ke sekolah untuk membawa anak2 mereka pulang. Mahu tak mahu aku terpaksa mengambil risiko menghantar kedua2 pelajar ini pulang dengan syarat..mereka tidak dibenarkan membuka mulut sedikit pun di dalam kereta..risau!!..


Kes 3 :

Kehilangan dompet dan IC (1P1)

~ Aku diarahkan membawa pelajar yg bernama Mohd Zulhelmy bin Rahim ke balai polis berhampiran kerana pelajar ini telah keciciran IC nya setelah mendapat panggilan telefon daripada pihak polis. Dengan berdedikasinya aku membawa Zulhelmy ke balai polis berhampiran. Setiba di balai polis terdapat 2 org polis sedang sibuk menulis laporan..kami diabaikan beberapa ketika..musykil juga difikiran adakah kami ini halimunan yg tidak dapat dilihat mata kasar polis berkenaan?? dengan penuh sopan santun menahan marah kerana diabaikan aku menyatakan hasrat kami ke sana. Dengan muka poyo tanpa senyuman polis itu (nametagnya tertulis Hanif) bangun menuju laci berhampiran..dibelek2 sebundle IC mencari nama Mohd Zulhelmy tetapi tiada..nasib baik mata cekap Zulhelmy dapat mengesan dompet miliknya terselit di bawah kertas2. Polis itu mengambil dompet berkenaan dan diserahkan kepada Zulhelmy lalu duduk dan menyambung kerja2 menulis laporannya..dengan blur kami bertanya.."Tu je ke encik?" beliau hanya menganggukkankan kepala..lalu kami pun kembali pulang ke sekolah. Kesimpulan yg boleh kami buat..polis itu bisu atau tidak pernah belajar cara bertatatertib..Tegas, Adil, Beramah..Integriti Amalan Kita KONON!!! cit poooooooooooooodahh!!


Kes 4 :

Piravin Kumar muncul di sekolah??

Piravin Kumar pelajar tingkatan 2PK2 telah digantung sekolah akibat beberapa kes disiplin. akan tetapi kelibatnya muncul di sekolah menyebabkan guru2 kehairanan dan Haji Shukor (Penolong Kanan Petang) panik seketika kerana menyangka kehadiran Piravin Kumar adalah untuk menuntut bela atas penggantungannya. Namun, Haji Shukor maintain cool dan memanggil Piravin Kumar ke pejabat. Rupa-rupanya kehadiran Piravin Kumar adalah untuk mengambil semula bola yang dirampas oleh Cikgu Rosmaniza kerana bola milik Piravin Kumar telah digunakan pelajar2 untuk bermain semasa proses P&P dijalankan. Setelah mendapatkan bola miliknya, Piravin Kumar kembali ke rumah.


Kes 5 :

Buli

Aku sedang khusyuk mengira kehadiran pelajar2 bagi setiap kelas di kaunter guru bertugas. tiba2 aku terdengar tangisan pelajar perempuan yang sedang menggunakan telefon awam yg lokasinya 2 meter dari kaunter guru bertugas. "I just want to go home Ma", "I dont want to go to school anymore, Ma" itu antara ayat2 yang aku fahami kerana selebihnya dituturkan dalam bahasa Filipina. Rupa2 nya suara itu milik seorang pelajar kacukan India-Filipina yg bernama Christina Amaloo dari kelas 2P2. Christina Amaloo menangis teresak2 di dinding telefon awam. aku menghampiri Christina Amaloo dan bertanyakan kepadanya kenapa dia menangis. dia menceritakan semuanya kepadaku tentang Hayati, Azira Dyana, Zetty Azira dan Shaheera selalu membulinya di kelas. perwatakan Christina Amaloo yang sedikit kebodoh bodohan membuatkan dia menjadi mangsa buli mereka. Aku membawa Christina Amaloo berjumpa Haji Shukor..lalu Haji Shukor memanggil Hayati, Azira Dyana, Zetty Azira dan Shaheera ke biliknya untuk siasatan lanjut. Christina Amaloo kelihatan takut2 kerana 4 pelajar2 tersebut merupakan 'samseng' perempuan 2P2. Tindakan selanjutnya Haji Shukor menelefon ibu bapa Hayati, Azira Dyana, Zetty Azira dan Shaheera dan meminta mereka datang ke sekolah keesokan hari..tunggu dan lihat apa yg bakal terjadi esok.. :)

Wednesday, August 5, 2009

Kisah Vikgeneswaran

"Cikgu kenapa selalu tengok saya? Cikgu suka kat saya ek?"

Muahahaha...soalan yg keluar dr mulut Vikgeneswaran membuatkan milo ais yg kusedut hampir-hampir tersembur..hadoi..betapa gelinya tekakku mendengar soalan sedemikian. tidakkah beliau sedar yg sebenarnya beliaulah yg selalu berkunjung ke bilik guru tanpa motif sehinggakan hampir semua guru memberi pandangan serong kepada beliau. umum mengetahui yang Vikgeneswaran merupakan seorang pengawas tetapi lagaknya seperti terlalu bangga bergelar pengawas dan sentiasa membuatkan dirinya kelihatan penting kepada guru2.

Aku yg merupakan guru kelasnya hampir tertekan kerana bukan dia tidak mengetahui subjek apakah yg aku ajar tetapi beliau bukan sahaja bertanyakan soalan-soalan daripada subjek Bahasa Melayu dan Sains semata-mata tetapi juga Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah dan Geografi. soalan kegemaran Vikgeneswaran sebelum memulakan pertanyaannya tentang subjek2 berkenaan ialah "Cikgu..cikgu pandai tak subjek ni?(sambil menunjukkan tulisan di buku latihannya)" paling aku tidak boleh tahan ialah bau minyak kelapanya yang memeningkan kepala membuatkan aku hampir2 pengsan. Inginku tegur takut kecil pula hatinya.

Selesai sahaja peperiksaan (tidak kiralah apa jenis peperiksaan pun) Vikgeneswaran akan memunculkan diri di Bilik Guru dan membuat muka simpati supaya markahnya ditambahkan. dan mempertikaikan kenapa jawapan yg diberikan olehnya salah. Dengan ayat karangan yang berbelit-belit mana mungkin aku menambahkan markah malah kecenderungan untuk menolak markahnya begitu menebal.

Apabila tiba waktu rehat ataupun waktu pelajar2 Islam solat Asar, aku pasti akan menyibukkan diri untuk mengelakkan diserang Vikgeneswaran. Mana tidaknya..jika saja dia melangkah ke dalam bilik guru, tempat utama yang menjadi targetnya ialah tempat duduk aku..sungguh horror si Vikgeneswaran. Akan tetapi aku sungguh kagum dengan kesabaran Vikgeneswaran yang akan setia menunggu aku siap melakukan kerja2 yg sebenarnya lakonan semata2 daripada aku. Semoga suatu hari nanti Vikgeneswaran akan menjadi seorang yang berguna..