Drop your link here..nnti leh melawat..

Member2 blogger

My Heartbeat

Thursday, November 25, 2010

Kotak..Lori dan Chow~

Actually hati dah memang tawar je bila org ckp keputusan permohonan tukar pada 15 November. Mana taknya..yang mintak tukar semuanya lebih kurang 19 orang. Ramai gile..Pastu plak xtau bila kena hantar borang kt guru data sbb dia dh nak hantar kat PPD. Nasib baik tertanya n jawapannye mmg hampir memitamkan aku..ESOK!! ape lagi..dengan dokumen yang xcukup..xde akuan majikan suami dan salinan kad pengenalan suami aku menelefon suami suh dia faxkan akuan majikan n salinan kad pengenalan. dan jawapan dr dia sgt mengecewakan.. "Org yg incaj surat tu MC hr tu"..berputar2 kepala otak pikir cmne nk dapatkan 2 benda tu. Ting..terkeluar lampu bernyala kt atas kepala..aku berlari2 ke office menyelongkar dokumen tukar April lepas yg aku pun mohon time tu. ADA!! aku amek n fotostat n mintak cop akuan..Lega..semuanya setel! tggl hantar je esoknye.

Beberapa hari lepas tu dapat pulak satu berita yg mengecewakan.."Hanya 2 orang dari 19 yg mintak tukar dapat kelulusan Pengetua" dahh sudahh..time tu gak hubby dicall utk memaklumkan berita tu. dengan naifnya kami menganggap yang jika Pengetua xluluskan permohonan, automatiklah permohonan tu xkan lulus. Dari hari ke hari kami dh mula dapat menerima hakikat yang kami terpaksa tinggal berjauhan untuk setahun lagi..Hurm..sehinggalah tarikh 15 November datang. Xde langsung rasa excited utk menyemak keputusan permohonan tukar tetapi oleh sebab desakan suamiku aku semak la jugak..dengan mamai2 pagi 15 November itu..aku pun mengonlinekan diri dan bukak keputusan permohonan..dan ini yang keluar..



Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah..jatuh air mata dengan xsengaja..terkejut..terharu..gmbira.. xpercaya..On the spot telefon dicapai untuk menghubungi suami tersayang. Time tu dia br sampai kt tmpat keje. Dan respon yg sama aku terima.  Bersyukur sangat walau dengan halangan yg kami terima tapi permohonan tukar aku diluluskan. Sekarang masa untuk mengumpulkan kotak2.. Cmne la nak angkut barang2 yg bertimbun ni..Lagi2 time hujan. Paling tidak kena lori 8 tayar bertutup ni. hahaha.. Tapi aku tetap gumbira..memang gumbira sbb berjaya akhirnya aku pindah. Alhamdulillah.. Berjaya akhirnya aku duduk disisi suami tersayang. Xde la asek sunyi jek tiap2 malam bila suami jauh nun di sana. Yeay..pasni bila bgn tido ada dia kat tepi..Leh sambut dia balik keja dgn masakan yg best2. Xde la suami aku kebuluran cm sebelum ni bila blk keje. dan lebih diharapkan semoga dengan tinggal bersama2 akan mempercepatkan proses kami mendapatkan cahaya mata..Suke sukeeee...

*** Jutaan ampun dan maaf dipinta buat teman2 SMKPG2 kiranya terdapat perkara2 yg mengguris hati, melulakan hati, ketidak puasan hati selama aku berkhidmat di situ. Doakan kesejahteraanku di sana..kalian tetap di hati. Love u all






    

3 comments:

Anonymous said...

Hai, saya menemukan blog Anda melalui Google ketika mencari pertolongan pertama untuk serangan jantung dan posting Anda terlihat sangat menarik bagi saya.

JANN JANN JANNAH said...

thanks :)

Anonymous said...

Sangat bagus memang saya mungkin akan mendownloadnya. Terima kasih