Drop your link here..nnti leh melawat..

Member2 blogger

My Heartbeat

Saturday, July 18, 2009

Garu2 kepala..kerut2 dahi

Haish..baru jap td lepas gadoh ngan sorg laki dlm YM..then marah lagi laki dalam tagged.aku pun xpaham nape..memang aku jenis yg xleh kawal kemarahan dan cepat melenting a.k.a. over sensitif..btw bukan semua topik pun aku sensitif tp topik2 cm 'Wanita kaum yang Lemah', 'Persediaan Hari Bahagia' tu yg buat aku cepat sgt nak melenting. Teguran berunsur sinis dan penuh ejekan buat hati aku panas..terus that guy aku masukkan dalam ignore list YM. Puas hati aku. I just wonder kenapa lelaki sekarang suka fikir tentang seks? Apa2 perkara pun mesti nak kaitkan dengan seks. Sampai satu tahap aku akan anggap lelaki2 mcm tu adalah menjijikkan. Dorang pertahankan lelaki ada 9 akal 1 nafsu..aku tau pasal tu tapi kenapa yg 1 tu yg paling susah lelaki nak kawal? Mana pegi 9 akal dorg? Kalaulah lelaki kata wanita kaum yang lemah..so tugas dorg membimbing kaum wanita..bukan menganiaya atau ambil kesempatan atas kelemahan kaum wanita. ????????????


Hurm..Garu2 kepala..kerut2 dahi aku fikir..

World Day..

March 21 - World Sleep Day

April 29 - World Dance Day

May 31 - World No Tobacco Day

1st Tuesday of May - World Asthma Day

June 14 - World Blood Donor Day, recognized by the UN - lets we all donate blood.

June 18 - International Picnic Day

June 21 - World Music Day

September 22 - (World) Car Free Day(s)

October 1 - World Vegetarian Day

October 10 - World Mental Health Day

November 19 - World Toilet Day

November 21 - World Television Day

December 9 - The International Day against Corruption

Ramadhan 1 - World Fasting Day

Syawal 1 - Eid Mubarak

December 20 - World Kasawari Day

Monday, July 13, 2009

Ice Age 3 : Dawn of the Dinosaurs

I really love this movie..love the adventure, love their friendship, love the comedy, love PEACHES!! so cute!! 5 stars for Ice Age 3 Dawn Of the Dinosaurs

Sunday, July 12, 2009

Aku bukan seorang pembenci..namun aku paling benci bila...

1. 2 orang perempuan yang mempunyai berat badan 50 kg bercakap mengenai ingin mengurangkan berat badan atau diet di hadapan seorang wanita yang mempunyai berat badan 80 kg.

2. Seseorang yang mempunyai pendapatan bulanan sebanyak rm3000 merungut tentang gajinya masih tidak mencukupi kepada seorang pengutip tin dan kotak.

3. Wanita yang meninggikan nada suaranya apabila melihat sekumpulan lelaki semata2 untuk menarik perhatian.

4. Seseorang yang suka mengerah orang lain untuk melakukan kerja yang sepatutnya disiapkan olehnya sendiri.

5. Orang yang sering merungut rindukan keluarga yang berada 100km dan sering balik seminggu sekali kepada seseorang yang keluarganya berada sejauh 700km dan hanya dapat balik jika ada hari cuti panjang.

6. Seseorang yang suka mengadu masalah yang sekecil2 kuman seolah2 masalah itu adalah sebesar2 masalah.

7. Seseorang yang cuba menegakkan benang yang basah.

8. Lelaki yang difikirannya tiada perkara lain melainkan seks dan segala benda yang dituturkan akan dikaitkan dengan seks.menjijikkan!!

9. Seseorang yang membuat muka toya selepas menyelit dalam barisan yang panjang.

10. Lelaki yang menganggap kaum wanita sebagai kaum yang senang diperdaya dan dipermainkan.

Sesungguhnya janganlah membenci orang yang melakukan kesilapan sebaliknya bencilah kesilapan yang dilakukan mereka supaya kita tidak akan melakukan kesilapan yang sama.

Saturday, July 11, 2009

Lauk pauk masuk air...

Hari ni SMK Pasir Gudang 2 buat Karnival Sukan n Larian Mawar (rentas desa) yg xbrape nak desa. Akan tetapi hujan di awal program..tp around 8.30 hujan benti n Larian Mawar n Karnival Sukan (Bola Baling, Hoki n Bola Keranjang) diteruskan..jualan pun macam2 ada..aku pun pening nak habiskan kupon wajib rm10. dalam dewan ade pameran n jualan buku..murah gile baban sbb aku beli pen 4 batang, mechanical pencil satu, 2 buku latihan untuk students n satu buku Misteri Dunia setebal 298 m/s..semuanya RM15 guna cash money.hahaks..sukeee. Pastu ade live band nyanyi lagu Cinta Gila, Situasi, Sweet Child O' Mine, Hotel California dan beberapa lagu yg tidak dpt dikenalpasti oleh aku..dekat2 pukul 12 baru la kupon rm10 aku abes dan makanan smpai xcukup tangan.tetapi ice blended gerai Kelab Kuda Kepang paling lazat dan dadih coklat gerai Pendidikan Agam Islam juga boleh tahan lazat. tidak lupa juga Haunted House kelolaan Kelab Interak paling mendapat sambutan. At the end pengumuman pemenang diumumkan..Johan Keseluruhan Larian Mawar ialah Rumah Nilam..tahniah Kak Sarinah!! Hoki Lelaki dimenangi oleh Delima, Hoki Perempuan Rumah Zamrud (tahniah untuk did sendiri)..hahaks, Bola Baling dimenangi Rumah Baiduri dan Bola Keranjang juga Rumah Baiduri..mantap Kak Asrida!! dan sebelum penutup diadakan majlis cabutan bertuah dan tidak disangka2 aku termasuk dlm golongan bertuah..hoorayyy!!!

Nasi Lemak Kak Sham hampir2 masuk air

Khemah urus setia yg basah kuyup

Perlawanan hoki di padang becak

Bebudak lawan bola baling

Pameran dan jualan buku

Align CenterLive Band rock!!

Bebudak Kadet Polis yang poyo